Breaking News

Thursday, April 4, 2013

Virus H7N9 Mampu Jangkiti Manusia ?

BEIJING 4 April - Virus selesema burung, H7N9 di China, dipercayai telah bermutasi dan mampu menjangkiti haiwan lain, sekali gus meningkatkan potensi ancaman yang lebih besar kepada manusia, kata saintis, semalam.

Pengarah pusat selesema Pertubuhan Kesihatan Dunia di Hospital Penyelidikan Kanak-kanak St. Jude, di Memphis, Tennessee, Richard Webby berkata, turutan genetik H7N9 menimbulkan kebimbangan tentang potensi penyebaran wabak secara global.

Bagaimanapun, katanya, agak mustahil untuk memberikan anggaran tepat tentang perkara itu."Pada peringkat ini, tidak mungkin virus itu menjadi pandemik,'' kata beliau. Webby menjelaskan bahawa H7N9 mempunyai penanda genetik menunjukkan virus itu mampu menjangkiti manusia.

Katanya, jika itu berlaku, satu wabak besar boleh tersebar, lebih buruk daripada penyebaran virus-virus selesema burung sebelum ini seperti H5N1 yang pernah muncul sedekad lalu. Buat masa ini, H7N9 di China mengakibatkan empat kematian dan sekurang-kurangnya sembilan orang telah dijangkiti virus itu.
 
Masih tidak jelas bagaimana mangsa boleh dijangkiti virus itu dan masih tidak ada bukti H7N9 boleh merebak dengan mudah dalam kalangan manusia. Apa yang pasti, H7N9 boleh berjangkit menerusi ternakan ayam dan itik tanpa membuatkan haiwan itu jatuh sakit, sekali gus menyukarkan saintis mengesan kuman itu dalam ternakan. - AGENSI


4 comments:

  1. risau jugakan, moga x merebak ke sini lah hendaknyer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena berjaga-jaga KA..sympton dia boleh kenal kan..

      Delete
  2. Replies
    1. Betul ayu, macam-macam...doa dan jaga diri itu yang sebaiknya..

      Delete

Designed By