Breaking News

Sunday, May 26, 2013

60 jam di zon maut

Bertarung di zon maut

 
SITI Hanisah berdiri megah bersama Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest.

“Selagi ada nyawa, Hanis akan tetap tawan puncak Everest, satu langkah nyawa dipertaruhkan, biarlah saya mati dari kalah sebelum berjuang.”

Demi maruah keluarga dan diri sendiri selaku ketua pendaki ekspedisi Everest-Felda 2013, LK1 Kom Siti Hanisah Sharuddin, 23, sanggup meredah angin kencang, kesejukan melampau, berjalan malam hampir 12 jam dan ‘berkampung’ selama 60 jam di kawasan yang dinamakan Zon Maut di Gunung Everest.

Tidak ramai pendaki sanggup berbuat demikian sehinggakan sherpa pendaki, Temba yang mengiringi pasukan pendaki Felda memberikan nasihat kepada Siti Hanisah agar tidak meneruskan pendakian jika berasakan diri tidak lagi mampu mengharungi cuaca sejuk melampau di gunung tertinggi dunia itu.

Namun kecekalan hati, keazaman dan semangat juang tinggi yang dibawa daripada kerjayanya sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberikan kudrat dan kesungguhan kepada Siti Hanisah untuk meneruskan pendakian sehingga ke puncak Everest di ketinggian 8,848 meter dari paras laut.


1 comment:

Designed By