Angkara Bendera: Leher remaja parah tertusuk buluh
Leher remaja cedera tertusuk buluh
ARIF yang cedera di leher akibat
tertusuk batang buluh dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di
Kubang Kerian, Kelantan semalam.
|
KOTA BHARU – Seorang remaja lelaki cedera di leher akibat tertusuk
batang buluh yang digunakan untuk memacak bendera sebuah parti politik
yang terlanggar motosikal yang ditunggangnya di Kampung Mak Mayung,
Melor di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 8 malam, Mohamad Arif Fikri Rosli, 14,
terpaksa menerima 20 jahitan di lehernya akibat tertusuk batang buluh
yang patah dan terbelah condong ke arah jalan raya di sebuah jambatan
kecil di kampung itu.
“Mangsa ketika itu menunggang motosikal bersama rakannya untuk pergi
ke sebuah kampung berhampiran bagi menikmati jamuan ayam bakar yang
dianjurkan sebuah parti politik.
“Namun ketika melalui sebuah jambatan kecil di kampung yang agak
gelap, batang buluh condong itu menusuk ke leher Arif,” kata ibu mangsa,
Rohana Yusuf, 58, ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia
(HUSM) di Kubang Kerian semalam.
Menurut wanita itu, anaknya yang terasa sesuatu melekat pada lehernya
terus memberhentikan motosikal sebelum dia terkejut apabila menyedari
ada batang buluh terlekat di lehernya.
adoi tak pasal2. kesian budak tu
ReplyDeleteKan...nak makan ayam punya penangan..
ReplyDelete