Daging tikus dijual sebagai daging kambing

Daging tikus dijual sebagai daging kambing

Polis mengesahkan beberapa peniaga memproses daging tikus untuk dilihat sebagai daging kambing dan dijual di pasar di China. 

Pihak berkuasa baru-baru ini bertindak ke atas sindiket penjenayah yang menjalankan kegiatan itu dalam satu operasi keselamatan makanan. Operasi itu dijalankan srentak dengan langkah memerangi selesema burung yang menyebabkan jualan daging ayam dan itik merudum di China.

Seorang peniaga didapati menggunakan bahan campuran memproses daging tikus dan musang sebagai daging kambing di pasar di Shanghai yang sering dikunjungi pelancong. “Selepas mencampurkan gelatin, pewarna dan bahan lain, dia menjual daging itu sebagai daging kambing di pasar,” kata sumber. 

 Crackdown: Authorities in China found instances of rat, fox and mink meat being passed off as mutton (file photo)
Pasar Menjual Daging..

Serbuan yang dilakukan ke atas Wei dan kumpulannya di Jiangsu dan Shanghai membolehkan polis menangkap 63 suspek. Sebanyak 10 tan daging tikus dan musang turut dirampas. Kumpulan itu meraih keuntungan RM4.8 juta sejak memulakan operasi mereka pada 2009.

Selain itu, pihak berkuasa juga menemui bukti campuran hidrogen peroksida yang digunakan oleh peniaga untuk membersihkan kaki ayam sebelum ia dijual kepada pembeli. - Daily Mail

Comments

  1. kambing susah nak dapat dekat china,, jadi guna sumber yg banyak

    ReplyDelete
  2. Pandai beloisam..boleh bayangkan tak...adoi..

    ReplyDelete
  3. ngeri pulak nak beli daging.....kat Malaysia tak berlaku kot!

    ReplyDelete
  4. Harap-harap tak berlaku kat Malaysia kan..geli..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat