Daging tikus dijual sebagai daging kambing
Daging tikus dijual sebagai daging kambing
Polis mengesahkan beberapa peniaga memproses daging tikus
untuk dilihat sebagai daging kambing dan dijual di pasar di China.
Pihak berkuasa baru-baru ini bertindak ke atas sindiket penjenayah
yang menjalankan kegiatan itu dalam satu operasi keselamatan makanan. Operasi itu dijalankan srentak dengan langkah memerangi selesema
burung yang menyebabkan jualan daging ayam dan itik merudum di China.
Seorang peniaga didapati menggunakan bahan campuran memproses daging tikus dan musang sebagai daging kambing di pasar di Shanghai yang sering dikunjungi pelancong. “Selepas mencampurkan gelatin, pewarna dan bahan lain, dia menjual daging itu sebagai daging kambing di pasar,” kata sumber.
Pasar Menjual Daging..
Selain itu, pihak berkuasa juga menemui bukti campuran hidrogen peroksida yang digunakan oleh peniaga untuk membersihkan kaki ayam sebelum ia dijual kepada pembeli. - Daily Mail
kambing susah nak dapat dekat china,, jadi guna sumber yg banyak
ReplyDeletePandai beloisam..boleh bayangkan tak...adoi..
ReplyDeletengeri pulak nak beli daging.....kat Malaysia tak berlaku kot!
ReplyDeleteHarap-harap tak berlaku kat Malaysia kan..geli..
ReplyDelete