Breaking News

Thursday, May 16, 2013

David Beckham Akhirnya Bersara

Bintang Bola Sepak David Beckham Umum Persaraan 


David Beckham. Foto AFP

Bintang bola sepak David Beckham mengumumkan persaraan beliau pada Khamis selepas kariernya dilimpahi dengan trofi dan glamor sehingga mempunyai kesan di seluruh dunia dan di luar jangkauan bola sepak.

Bekas kapten England berusia 38 tahun itu, yang pada bulan ini membantu Paris St Germain (PSG) mencapai gelaran liga Perancis dan menambah gelaran kemenangan di England, Sepanyol dan Amerika Syarikat, akan meletakkan kasut butnya pada akhir musim ini.

"Saya berterima kasih kepada PSG kerana memberi peluang kepada saya untuk terus menyambung tetapi saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk menamatkan kerjaya saya, bermain di peringkat tertinggi," kata pemain tengah itu dalam satu kenyataan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan pasukan saya, pengurus yang terbaik yang saya berpeluang untuk belajar daripada beliau. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah menyokong saya dan memberikan saya kekuatan untuk berjaya."

Beckham yang merupakan anak kelahiran London ini memulakan kariernya di Manchester United, kelab yang disokongnya sejak kecil, membuat penampilan pertama dalam pasukan itu ketika berusia 17 pada tahun 1992. - REUTERS

 

No comments:

Post a Comment

Designed By