Gaya Pelik : Fesyen Rambut Terkini di Jepun

Fesyen rambut terkini di Jepun

Rotten tomatoes: The Japanese teenager used the fruit as an unusual source of inspiration for her hairstyle
Fesyen Tomato

Sebuah salun rambut di Jepun mentafsirkan semula makna “cutting edge” selepas mengambil inspirasi fesyen daripada buah tomato. Rekaan inovatif itu muncul di daerah Amemura di Osaka dan sudah pun tersebar di Internet.Pereka gaya rambut, Hiro berkata rekaan gaya rambut bergelar “Tomato Ranum” atau kanjuku tomato dalam bahasa Jepun itu adalah rekaan agungnya. 

Gaya itu membabitkan menggunting rambut kepada keratan bulat sebelum diwarnakan menjadi warna merah terang tomato. Sebahagian daripada rambut kemudian dibentuk dan diwarnakan hijau bagi menyerupai tangkai buah tomato. Malangnya seperti juga buah itu, gaya terbabit mempunyai tempoh luput.

Tomato Ranum

Gaya merah dan hijau itu lenyap dengan pantas dan ‘daunnya’ sukar dibentuk selepas dibasuh.Tomato Ranum adalah satu daripada rekaan anggun yang muncul dari salun Trick Store. Seperti juga buah itu, Hiro turut memerhatikan alam semula jadi untuk memberikannya ilham.

Dynamic: Japanese youngsters are not afraid to opt for bright rainbow-coloured hair-d
Gaya Pelik..

Seorang model dilihat tampil dengan gaya rambut kumbang separuh merah dan hitam digandingkan dengan sekumpulan remaja berfesyen rambut warna merah jambu di satu sudut lain.

Bold: Trendy salon Trick Store came up with these creations
Gaya Pelik

Seorang model lelaki pula mempunyai sebahagian rambutnya yang diwarnakan tompokan kuning dan hitam yang menyerupai harimau bintang. Gaya rambut pelik yang lain termasuk rekaan pelbagai warna pelangi. Rambut panjang seorang model diberikan gaya monokrom dengan belang hitam putih. 


Comments

  1. Rambut pun warna warni...
    Rambut ku juga sudah mahu bertukar kaler...warna putih kian banyak, hehe

    ReplyDelete
  2. macam tak sesuai aje ni !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat