Generasi Y suka tukar pekerjaan

Satu kajian oleh JobStreet.com mendapati 76 peratus majikan menganggap kakitangan yang bekerja kurang satu tahun sebagai mereka yang suka bertukar pekerjaan.

“Bertukar-tukar pekerjaan adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk pekerja generasi Y. “Namun begitu mereka perlu tahu bahawa tabiat bertukar pekerjaan menunjukkan sifat mudah bosan dan keresahan mereka,” kata Pengurus Negara JobStreet.com, Chook Yuh Yng dalam satu kenyataan semalam. 

 Menurut kajian, 84 peratus majikan merasakan pekerja muda sentiasa bertukar pekerjaan kerana mereka adalah generasi yang mahukan kepuasan segera. Sementara itu, majoriti golongan yang mencari pekerjaan berusia antara 25 hingga 34 tahun menganggap bertukar-tukar kerja adalah trend yang sihat, kerana mereka boleh mendapat pengalaman daripada pelbagai pekerjaan. Lebih 65 peratus pekerja yang dikaji berkata, mereka bekerja kurang dua tahun di tempat bekerja sekarang, tetapi kebanyakannya sedang mencari pekerjaan baru.

Selain itu, kajian itu berkata, majikan juga merungut tentang kebanyakan pekerja muda yang meminta gaji yang tinggi, walaupun mereka belum membuktikan prestasi pekerjaan mereka. Seramai 1181 majikan dan 2642 pekerja mereka, yang mana 61 peratus adalah eksekutif kanan dan muda, mengambil bahagian dalam kajian ini pada April tahun ini. - BERNAMA

Comments

  1. Tak de experience lompat keje Raudzah..... setia sampai resign hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat