Kampung & Masjid Musnah Dibakar

Kampung, masjid dibakar


Keadaan dalam masjid menjadi sasaran serangan penyerang anti-Islam di Okkan, semalam.

Seorang terkorban dan sembilan cedera dalam insiden terbaru keganasan etnik di tengah Myanmar, semalam.
 
Kelmarin, bandar Oakkan di utara Ranggon dicemari rusuhan selepas insiden kemalangan seorang sami.

 
Susulan kejadian itu, kira-kira 200 hingga 300 penyerang bertindak menyerbu empat kampung di bandar itu  dan membakar 77 rumah termasuk tiga masjid.

 
Seorang penduduk Soe Myint, 48, berkata, semua penduduk terpaksa melarikan diri berikutan  ratusan penyerang bertindak memusnahkan harta benda milik mereka di kampung Mie Laung Sakhan.

 
"Masjid musnah teruk. Kami kesal kerana pihak berkuasa lambat menghantar bantuan dan hanya tiba selepas keganasan itu berakhir," jelasnya dipetik dalam laporan AP.

 
Sebelum ini, aktivis hak asasi manusia turut mengutuk tindakan sambil lewa pihak berkuasa dalam menangani insiden keganasan tersebut.

 
Mac lalu, sekurang-kurangnya 43 terbunuh manakala ribuan lagi hilang tempat tinggal selepas keganasan etnik tercetus di beberapa bandar di tengah negara tersebut.


Source

Comments

  1. Kasihan, semoga penyerang itu dapat ganjaran yang setimpal and semoga saudara kita disana mendapat pertolongan dan perlindungan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Amin

    ReplyDelete
  2. Inilah jadi bila umat islam berpecah belah.

    Dihurung oleh musuh sepeti serigala

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat