Breaking News

Tuesday, May 14, 2013

Kenapa Obama Menangis

Spekulasi Obama menangis

OBAMA (kanan) kelihatan mengalikan air mata (dalam bulatan) pada sidang media di White House, Washington kelmarin.- reuters



Akhbar New York Daily News kelmarin melaporkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelihatan menangis semasa membincangkan tentang serangan di Pejabat Konsulat AS di Benghazi di Libya pada 11 September tahun lalu.

Gambar yang menunjukkan Obama kelihatan menangis itu turut disiarkan oleh agensi berita Reuters.

Obama sebelum ini pernah menangis sebanyak dua kali sejak November tahun lalu. Ketika itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada para kakitangan pasukan kempennya ekoran kemenangannya pada pilihan raya Presiden AS.

Obama turut menangis ketika membincangkan kejadian tembakan yang dilakukan oleh seorang pemuda, Adam Lanza yang membunuh 26 orang di Sekolah Rendah Sandy Hook in Newtown, Connecticut pada tahun lalu. Lanza kemudian membunuh diri dalam kejadian itu.

Dalam serangan sekumpulan penduduk di Benghazi itu, Duta AS ke Libya, Chris Stevens dan tiga lagi rakyat negara ini terbunuh. Pada sidang media di White House di sini bersama Perdana Menteri Britain, David Cameron, Obama menafikan berlakunya kesan politik ekoran serangan ke atas duta AS itu.

Menurutnya, kempen parti Republikan berhubung komen tentang serangan tersebut bermotifkan politik. Parti Republikan mendakwa, dakwaan Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Susan Rice bahawa serangan tersebut dilakukan secara spontan kerana reaksi terhadap filem anti-Islam yang berjudul Innocence of Muslim menunjukkan pentadbiran Obama sebenarnya melakukan pembohongan.

Pihak parti tersebut mendakwa mempunyai bukti bahawa pentadbiran Obama menyembunyikan penglibatan kumpulan ekstremis dan sebuah kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda di Libya berhubung serangan tersebut. - Agensi 

Ramai Yang Gagal ..Kenapa
Orang Melayu Jauh Ketinggalan & Tak Tau Apa-Apa?
Banyak Duit ..Tetapi Miskin

1 comment:

Designed By