Breaking News

Friday, May 10, 2013

Nur Amyliana mati akibat lemas


 
 Nur Amyliana Shuhada

Penyodok tanah yang ditemui polis berhampiran mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, mungkin petunjuk jelas dua suspek yang ditahan mahu menanam kanak-kanak itu.

Ahli keluarga terdekat mangsa yang mahu dikenali sebagai Al-Naziz, 19, berkata ada penduduk melihat dua suspek terbabit membawa peralatan itu di kawasan padang, tidak jauh dari mayat mangsa ditemui di Jalan Batu Nilai 1E, Bukit Tinggi, di sini. 

“Saya dimaklumkan beberapa penduduk melihat dua lelaki itu membawa penyodok di kawasan padang berkenaan,” katanya.

Suspek berusia 19 dan 24 tahun itu dipercayai membawa mayat Nur Amyliana atau lebih mesra dengan panggilan Cinnang menggunakan sebuah kereta bagi mengelakkan perbuatan mereka membunuh mangsa diketahui orang ramai.

Foto 
Ibu mangsa Acha Kusain di rumah mereka di Bandar Bukit Tinggi, Klang.

Namun, hasrat untuk menanam mangsa terpaksa dilupakan apabila kawasan berkenaan menjadi laluan orang ramai dan dalam keadaan terdesak mereka hanya meninggalkan mayat mangsa di atas jalan di kawasan lapang berkenaan sebelum melarikan diri.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, laporan bedah siasat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mendapati Nur Amyliana mati akibat lemas dan berkemungkinan suspek menggunakan alat seperti tuala atau bantal.
 

Doktor turut mengesahkan tiada kesan kecederaan ditemui pada anggota badan tetapi berdasarkan kesan pendarahan di bahagian kemaluannya, mangsa dirogol sebelum dibunuh, katanya ketika dihubungi, semalam.
 

Kelmarin, Mohamad mengesahkan, polis menahan dua lelaki berusia antara 19 dan 24 tahun, yang disyaki dapat membantu siasatan kes berkenaan, tujuh jam selepas mayat Nur Amyliana ditemui.

5 comments:

  1. tomato gurl a.k.a cik tomMay 11, 2013 at 9:05 AM

    zalimnya merogol then bunuh kanak2 yg xberdosa...kl nak tue pi rogol pelacur..hmm...

    ReplyDelete
  2. Memang sangat zalim cik tom..dia orang ni lebih dari binatang rasanya..

    ReplyDelete

Designed By