Parah Angkara Dendam

Seorang kontraktor menerima 'kejutan Maghrib' apabila ditembak tiga das oleh seorang lelaki yang dikenalinya di depan rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di sini, jam 7.30 malam tadi.

 Angkara dendam

Mangsa, Mohd Nasir Zakaria, 53, yang juga seorang kontraktor ditembak selepas membuka pintu ketika dipanggil suspek supaya keluar.

Suspek yang menembak mangsa melarikan diri, manakala mangsa dibawa ke hospital menaiki kereta dipandu anaknya bersama isterinya, Zahmahnu Che Abdullah, 39. Mangsa cedera di paha dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Foto 
Mangsa tembak di Kg Pulau Melaka, Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kes berkenaan bermotifkan dendam. 

 Source

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat