Pasar Menjual Anak Gadis ?

Pasar Mencari Jodoh



GADIS-GADIS ini akan memakai pakaian yang cantik untuk memikat hati bakal suami.



MENCARI jodoh merupakan salah satu proses asas sebelum perkahwinan. Pelbagai medium digunakan untuk si uda dan dara mengenali hati budi masing-masing. Ada yang selesa diperkenalkan saudara-mara, laman sosial ataupun agensi mencari jodoh.


Namun, di sebuah kampung terpencil Prohorovo, Bulgaria, penduduk kampung tersebut yang terdiri daripada kaum Gipsi mempunyai cara unik untuk menemui jodoh sejak ratusan tahun lagi. Wanita atau gadis yang masih bujang akan berkumpul di sebuah pasar 'Bridal Market' di kampung berkenaan dengan memakai pakaian yang seksiuntuk memikat bakal suami. Cuma individu berumur 15 hingga 30 tahun yang ditemani ibu bapa dibenarkan menyertai acara itu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.


Kebiasaannya, ibu bapa yang membawa anak gadis masing-masing datang daripada keluarga miskin yang ingin meningkatkan taraf hidup mereka. Semakin cantik gadis yang dilelong semakin tinggi harga bidaan yang akan diperoleh. 



BRIDAL MARKET telah diadakan sejak ratusan tahun lagi oleh penduduk Kampung Prohorovo, Bulgaria.


 Kecantikan adalah salah satu elemen utama kerana harga bagi bakal isteri boleh mencecah RM50,000. Manakala pendidikan bukanlah satu keutamaan bagi mereka kerana kajian pada 2004 mendapati 25 peratus wanita kampung tersebut buta huruf dan hanya 10 peratus yang menamatkan pendidikan peringkat menengah.



SUASANA Bridal Market cukup meriah seperti pesta hiburan.

Source

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat