Breaking News

Wednesday, May 1, 2013

PRU13 : Tok Mun & Kisah Kempennya...

PRU13: Tok Mun tetap kempen walau tahu 'jalan berliku'

Tok Mun Calun Bebas
Calon tertua di Terengganu, Maimun Yusuf, 94 tahun, yang bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Terengganu tetap giat berkempen walaupun dengan hanya berbasikal dan berjalan kaki untuk meraih undi. 

Usia tua bukan halangan untuk beliau melakukan semua itu dan masih aktif berkempen dari rumah ke rumah secara bersendirian terutama di kalangan kenalan rapat. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata dia lebih selesa berkempen di kalangan kenalannya sahaja ia lebih menyenangkan dan dapat menarik perhatian untuk mengundinya pada PRU nanti. 

"Tok berjalan atau menaiki basikal untuk berkempen. Tok berkempen pun sorang-sorang. Tok tidak pernah menyusahkan orang lain. Semuanya Tok lakukan sendiri dengan bantuan mereka yang ikhlas menolong Tok. Tok masih kuat untuk berjalan, kalau rasa sakit-sakit badan, Tok makan majun. “Biarlah.. Tok lebih selesa berkempen dengan menaiki basikal begini,” katanya yang kini menghentikan seketika aktiviti menjual kain bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada proses berkempen," katanya ketika ditemui Bernama di sini. 

Tok Mun berkempen menggunakan basikal...

Tok Mun menjelaskan keputusan bertanding untuk kali kedua ini bagi menunaikan amanah orang lama. Sementara itu, beliau meluahkan perasaan sedih apabila markas kempen yang ditubuhkan di Jalan Panji Aka menjadi mangsa khianat apabila poster yang dipasang dirosakkan pihak yang tidak bertanggungjawab. Namun beliau lebih selesa berdiam diri dan melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan kini hanya mempunyai satu markas di Kampung Chabang Tiga. 

Warga emas yang pernah menggemparkan negara pada PRU12 selepas menjadi calon bebas Parlimen Kuala Terengganu sekali lagi memilih lambang 'kunci' pada PRU kali ini.  "Biasanya, jumlah bajet yang Tok belanja Tok akan tahu setelah selesai PRU, tahun 2008 hampir RM15,000 duit Tok belanjakan dan tahun ini mungkin hampir RM30,000," katanya. 

Pada PRU 2008, Tok Mun hanya mendapat 685 undi dan hilang wang pertaruhan. - BERNAMA

5 comments:

  1. waaa kental semangat Tok Mun.. demi amanah...

    ReplyDelete
  2. Yup Fae...real salute this old lady....tok Mun cayalah...

    ReplyDelete
  3. Generasi baby boomer memang setia pada janji

    ReplyDelete
  4. Sekurang2nya adalah berita lain selain dari kisah politik biasa. Masih juga ada daya demi amanah dan semangat utk membela nasib bangsa... Semoga kali ini tidaklah sampai kehilangan wang pertaruhan lagi

    ReplyDelete
  5. masih bersemanagt lagi ye tok mun

    ReplyDelete

Designed By