Breaking News

Thursday, May 2, 2013

Rezeki Tong Sampah

Sajian dari tong sampah

Dumpster diving, or freeganism, sees people pick through commercial bins outside shops, restaurants and supermarkets, for out of date food
Rezeki Tong Sampah

Sejak itu, Kelly memperoleh pelbagai barang makanan bernilai hampir RM381,500 dari tong sampah, malah dia turut menggunakan bahan itu untuk menyediakan hidangan kepada rakannya. Bagaimanapun, amalan Kelly itu menyebabkan suaminya enggan dikenali atau dipaparkan wajahnya di televisyen. Kata suami Kelly, dia berasa malu atas perbuatan isterinya menyelongkar tong sampah bagi mendapatkan makanan.“Saya sentiasa ketakutan jika satu hari nanti polis menghubungi saya,” katanya.

 
Dapat menyelamatkan ribuan ringgit hasil kutipan sampah

Perbuatan mencari bahan terbuang tidak dilarang di Arizona, tetapi beberapa perniagaan mungkin boleh menyaman Kelly yang sering menyamar sebagai pekerja sesebuah syarikat bagi mengelak aktivitinya disedari.

Walaupun berdepan tindakan undang-undang, Kelly sanggup memandu sejauh hampir 50 kilometer sehari bagi memeriksa 20 tempat pembuangan sampah berbeza. Secara purata, Kelly membawa pulang 12 kotak makanan sehari. Peti sejuk Kelly pula sentiasa penuh dengan bekalan makanan yang lazimnya sudah luput tarikh, tetapi diyakininya masih sesuai dimakan.

 Most of her friends praised the food but all of them were left horrified when she told them it was all from a bin
 Sajian Piza Luput Tarikh

Namun, dia tidak memberitahu mana-mana rakannya mengenai aktiviti itu sehinggalah dia menjemput sebahagian daripada mereka untuk menghadiri parti diadakannya. Kelly kemudian menghidangkan makanan daripada bahan buangan itu kepada tetamunya.

Antara hidangan itu ialah piza yang sudah luput tarikh selama empat bulan bersama keju yang sudah dua minggu melepasi tarikh luput. Kata Kelly, kebanyakan rakannya memuji hidangan itu. “Mereka memakan semuanya seperti biasa tetapi terkejut apabila diberitahu saya memperoleh bahan itu dari tong sampah,” katanya. 

5 comments:

  1. Menurut sebuah dokumentari yang saya lihat, rakyat UK banyak menghabiskan dan membazirkan makanan di dalam peti ais mereka.

    Ini kerana harga barang yang dijual secara pukal jauh lebih murah. Jadi mereka beli dengan sangat banyak dan tidak menggunakan sehingga tarikh luput.

    Selepas itu, semua barang makanan yang masih elok tetapi telah luput tarikhnya dibuang.

    Negara mereka membazir makanan, sehingga ada istilah "food fight" dikalangan kanak kanak. Makanan di baling dan disepahkan.

    Tetapi negara miskin di afrika kebuluran tak cukup makan.

    ReplyDelete
  2. Ops! Mungkin ada darinya masih elok tapi mungkin ada yg sudah basi dan beracun... Kesian laki dia, malu...tapi bukankah dia berjimat dan tidak membazir, tapi tidakkah tidakannya itu seperti keterlaluan...Hmmm...

    ReplyDelete
  3. whoaa x sakit perut ke makan expired food :/

    ReplyDelete
  4. sodapnyer..bhgia toi kalau BK dpt mknan cm2

    ReplyDelete
  5. http://mimbarhatiku.blogspot.com/2013/05/tips-tarik-minat-anak-bersolat.html

    ReplyDelete

Designed By