Sir Richard Branson, Pramugari Istimewa Air Asia

on Sunday, May 12, 2013



 Selamat datang

Hartawan penerbangan terkenal, Sir Richard Branson,  Pengerusi Virgin Group, mendarat di Kuala Lumpur dengan memakai mekap, berkasut tumit tinggi dan sarung kaki untuk menunaikan janji setelah kalah pertaruhan kepada Ketua Eksekutif AirAsia Tony Fernandes pada Grand Prix dua tahun lepas.

Beliau bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan penumpang penerbangan A330 itu tiba di LCCT pada 12.30 tengah hari dari Perth, Australia dan disambut lebih 50 orang yang 'terhibur' dengan penampilan Branson.

  Richard Branson  
Richard Branson bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes. - Foto Bernama

The Australian Associated Press melaporkan di sebuah bar di Perth CBD pada Sabtu malam, Branson membenarkan pramugari AirAsia mencukur bulu kakinya.

Branson tunai janji berpakaian pramugari
Melayan tetamu..

Menjawab pertanyaan, mengapa beliau mengambil masa yang lama untuk menunaikan janjinya itu, beliau mengesahkan kakinya patah, kerana terbabit dalam kemalangan semasa naik belon udara panas untuk menyaksikan prototaip Virgin Galactic, yang akan melakukan penerbangan komersil ke angkasa.


Ramai Yang Gagal ..Kenapa
Orang Melayu Jauh Ketinggalan & Tak Tau Apa-Apa?
Banyak Duit ..Tetapi Miskin

Source
Ranking: 5

1 comments:

Langgan artikel Percuma via feed Follow @https://twitter.com/bspj88 di twitter Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Ping your blog, website, or RSS feed for Free
 
© Blog Santai All Rights Reserved