Terjun Bangunan Selamatkan Diri

Terjun dari bangunan terbakar untuk selamatkan diri

SEORANG lelaki terjun dari tingkat tujuh Plaza LDA yang terbakar di Lahore semalam.


Seramai tiga orang terjun dari Plaza LDA yang terbakar di sini semalam sebagai usaha untuk menyelamatkan diri. Dua daripada tiga orang itu cedera selepas mereka terjun dari tingkat tujuh.

Mereka kemudian dirawat di sebuah hospital. Bagaimanapun, seorang lagi mangsa yang terjun itu mati di tempat kejadian. Lima buah jentera bomba digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut.
 
Sejumlah orang dilaporkan terperangkap di dalam bangunan setinggi 13 tingkat itu ketika kebakaran tersebut bermula di tingkat tujuh dan lapan. Beberapa buah helikopter turut digunakan untuk memindahkan mangsa-mangsa yang terperangkap akibat kebakaran tersebut.

Empat orang terbunuh dalam kejadian itu. Punca kejadian masih belum diketahui. - Agensi

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat