Yogurt Beracun

Minum yogurt bercampur racun tikus, dua kanak-kanak maut

 

Dua kanak-kanak di utara China meninggal dunia selepas meminum yogurt yang dipercayai dicampur dengan racun tikus oleh seorang pemilik pusat jagaan kanak-kanak.

Agensi berita Xinhua hari ini melaporkan, kejadian itu berlaku di wilayah Hebei, semalam apabila mereka meminum yogurt beracun tersebut yang ditemui oleh nenek mangsa di tepi jalan berhampiran pusat jagaan terbabit.

Siasatan awal kes berkenaan berpunca daripada persaingan dan perasaan hasad dengki antara pemilik-pemilik pusat jagaan kanak-kanak di kawasan tersebut. Tiada tangkapan dibuat setakat ini. - AFP

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat