Yogurt Beracun
Minum yogurt bercampur racun tikus, dua kanak-kanak maut
Dua kanak-kanak di utara China meninggal dunia
selepas meminum yogurt yang dipercayai dicampur dengan racun tikus oleh
seorang pemilik pusat jagaan kanak-kanak.
Agensi berita Xinhua hari ini melaporkan, kejadian itu berlaku di
wilayah Hebei, semalam apabila mereka meminum yogurt beracun tersebut
yang ditemui oleh nenek mangsa di tepi jalan berhampiran pusat jagaan
terbabit.
Siasatan awal kes berkenaan berpunca daripada persaingan dan
perasaan hasad dengki antara pemilik-pemilik pusat jagaan kanak-kanak
di kawasan tersebut. Tiada tangkapan dibuat setakat ini. - AFP
kunjungan pgi bos, salam sukses
ReplyDeleteSalam sukses untuk kamu juga...
ReplyDeletecantik yogurt tu putih dsn merah!
ReplyDelete