Harudis Busan, hero tragedi bot karam

Harudis Busan, hero tragedi bot karam selamatkan 100 orang mangsa

 

Harudis Busan, hero tragedi bot karam 
Perasaan gementar dilupakan seketika demi menyelamatkan penumpang bot ekspres yang karam di Giam Bungan.

 
Demikian pengakuan yang dibuat Harudis Busan, 41 tahun yang menjadi penyelamat pertama tiba di tempat kejadian bersama dua adiknya. Mereka bertiga layak diberi pujian kerana berjaya menyelamatkan hampir 100 orang mangsa.

Lebih membanggakan mereka sanggup berulang alik menghantar mangsa ke tebing sebelum kembali ke tengah sungai.
Menurut Harudis yang juga anggota RELA sewaktu kejadian tersebut beliau dan adiknya Nerius dan Harimi Taju sedang menyusuri tebing sungai itu.

"Mula-mula saya lihat bot ekspres, saya dengar saja, dengar bunyi mereka menjerit dan bot ekspres sudah tenggelam dan enjin sudah berhenti, terus saya bawa adik saya pergi dekat sana tolong mereka"


Tambah Harudis setelah lebih setengah jam membantu mangsa barulah penduduk kampung lain tiba bagi menghulurkan bantuan.
Namun beliau turut terkilan kerana masih terdapat penumpang yang gagal diselamatkannya sewaktu hari kejadian.

Tindakan mereka bertiga ini turut mendapat  perhatian Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpag.
Alfred memuji semangat dan keberanian yang ditunjukkan tiga beradik itu.

 
Source

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat