Kaedah Unik Rawat Penyakit

Pusat Mia Ali Baba guna kaedah unik rawat penyakit


Seorang budak kampung yang turut ditempatkan di Pusat Mia Ali Baba ketakutan ditempatkan bersama seorang pesakit Nabiullah Safi, 23, seorang penagih dadah yang dirantai tangan dan kakinya pada dinding pusat itu di Jalalabad. - agensi 


Sebuah pusat pemulihan di Jalalabad mempunyai kaedah tersendiri untuk memulihkan mereka yang mempunyai masalah ketagihan dadah, penyakit mental dan sesetengahnya dipercayai 'dirasuk roh jahat'. Semua penghuni di pusat pemulihan Mia Ali Baba akan dikurung dalam beberapa bilik kecil selama 40 hari dengan kaki serta tangan dirantai, selain hanya diberi makan roti, lada hitam dan air minuman biasa.

Pusat pemulihan berusia 300 tahun yang disifatkan sebagai 'tidak berperikemanusiaan' itu menjadi pilihan kebanyakan keluarga di negara ini untuk memulihkan insan tersayang daripada masalah psikologi ekoran dibelenggu kemiskinan. Masalah itu ditambah pula dengan kekurangan infrastruktur yang disediakan untuk rawatan dan pemulihan. Kerajaan Afghanistan menganggarkan kira-kira 60 peratus penduduk di negara ini mengalami masalah psikologi.

  
Mohammed Sadeq, 40, seorang daripada penghuni pusat pemulihan tersebut berkata, dia dimasukkan ke situ kerana mempunyai emosi yang tidak stabil. "Kanak-kanak di kampung saya memanggil saya sebagai 'orang gila' dan membaling batu ke arah saya," katanya.

Kesemua penghuni pusat pemulihan itu tidak dibenarkan bercakap antara satu sama lain dan hanya dibenarkan keluar daripada kurungan untuk ke tandas atau menunaikan solat, sehingga tahap kesihatan mereka diperakui warden yang bertugas. Keadaan daif di pusat pemulihan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak, namun seorang daripada penjaganya menyatakan bahawa kebanyakan penghuni berjaya dipulihkan dalam tempoh yang ditetapkan. - AGENSI

Comments

  1. Assalamualaikum...salam ziarah!!
    nice article...harap tak dibuat di malaysia ;)

    ReplyDelete
  2. Xde ke maklumat dari orang yg di pulihkan. Barulah tahu keberkesanan kaedah rawatan ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat