Kamera Pertama dan Termahal Di Dunia

 http://www.blogcdn.com/www.engadget.com/media/2010/01/29jan10oin457.jpg
 Giroux Daguerreotype


Kamera pertama di dunia yang dikenali sebagai Giroux Daguerreotype telah dikeluarkan pada 19 Ogos 1839 di Paris oleh Louis Jacques Mande Daguerre dalam jumlah yang terhad dan diedarkan oleh Georg Gropius, Berlin.

Giroux Daguerreotype diperbuat daripada dua kotak kayu yang bermutu tinggi. Kotak di hadapan besar sedikit daripada sebelah belakang tetapi ia begitu rapat sehingga tiada cahaya dapat menembusi ruangan antara dua kotak tersebut.

Lensanya pula diperbuat daripada protrusions kanta tembaga sepanjang 15 inci. Plate yang bertindak sebagai filem akan diletakkan di kotak belakang dan sekali dedahan pengambaran mengambil masa sehingga 30 minit bagi cahaya normal.

Kamera ini pernah dinilaikan sehingga mencecah 700 ribu euro dalam satu lelongan di Vienna. Tetapi tiada rekod yang menyebut siapa yang telah berjaya dalam lelongan tersebut.

 
 Kamera Giroux Daguerreotype telah dipamerkan di Muzium Kamera JCII di Ichiban-cho, Chiyoda-ku, Tokyo, Jepun baru-baru ini. 

Comments

  1. Betul tu mimie..guna kayu ajekan..teknology dah berubah..kalau tak nampak gayanya kita terpaksa guna yang ni..he..he

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat