Paris, Anak Michael Jackson Cuba Bunuh Diri
LOS ANGELES: Anak perempuan kepada mendiang Michael Jackson
iaitu Paris telah dikejarkan ke Hospital California pada Rabu selepas
cuba untuk membunuh diri.
Paris, 15, dilaporkan telah cuba untuk mengelar pergelangan tangan
kanannya dengan sebilah pisau dan turut meninggalkan sekeping nota untuk
ahli keluarganya.
Menurut sumber daripada keluarganya, Paris kini sedang diletakkan
dalam pengawasan psikiatri selama 72 jam di hospital kerana turut
mengalami tekanan perasaan.
"Dia pernah mendapatkan rawatan kerana tekanan sebelum ini. Kali ini
dia cuba mengelar tangan dan ini adalah petunjuk dia benar-benar
memerlukan bantuan.
"Paris dalam keadaan baik dan bukannya kritikal," jelas sumber tersebut. Sebelum kejadian, Paris menerusi laman Twitternya meninggalkan
beberapa pesanan pelik yang jelas menunjukkan dia sedang tertekan dengan
kehidupannya. Dalam pada itu, nenek kepada Paris iaitu Katherine Jackson menerusi
jurucakapnya mengesahkan perkara itu dan memberitahu tekanan dan sedih
dengan kematian Michael menjadi punca kepada kejadian tersebut.
Bagaimanapun dia meminta agar semua pihak memberi ruang kepada keluarganya untuk mengharungi saat getir tersebut."Paris berada dalam keadaan baik dan saya mohon agar diberikan ruang untuk kami sekeluarga mengharungi saat ini," katanya. Turut kelihatan berada di hospital adalah ibu kepada Paris iaitu Debbie Rowe. - AFP
Comments
Post a Comment