Waswas gangguan syaitan

http://4.bp.blogspot.com/-3gggTfzajf0/UR-Zuv91TgI/AAAAAAAAI-A/nRE3QMOS3BA/s1600/solat+(1).jpg
Source: Google

Soalan 
 
Saya ada masalah lupa terutama ketika solat. Hal ini berlaku sejak kebelakangan ini. Saya pernah terlupa sudahkah saya mengerjakan tahiyat awal. Ini membuatkan saya selalu berasa waswas mengenai solat saya. Sebagai ganti, saya mengerjakan sujud sahwi.
 
Baru-baru ini perkara yang sama berlaku ketika saya mengambil wuduk dan tertanya-tanya adakah saya sudah menyapu air pada bahagian kepala. Ada kala saya mengulang wuduk tetapi ada juga masanya saya terus sembahyang dengan wuduk yang ada.
 
Bagaimanakah saya dapat mengatasi masalah lupa dan waswas ini? Adakah sah solat saya dengan wuduk yang diragui? Saya bimbang perkara ini berlarutan.

Jawapan
 
Amalan ibadat mesti dilaksanakan dengan yakin. Mereka yang mengalami masalah waswas biasanya diganggu syaitan dan tidak menumpukan perhatian dalam pekerjaan yang dilakukan atau tidak fokus. 
 
Memang sah apa yang dilakukan iaitu mengerjakan sujud sahwi bila terlupa perkara sunat dalam solat. Namun demikian penyakit waswas ini jika dibiarkan bimbang akan melarat. 
 
Cuba amalkan membaca Bismilah dan surah an-Nas sebelum memulakan sesuatu pekerjaan. Ada selawat yang boleh diamalkan untuk mengelakkan daripada masalah lupa. Selain itu cuba belajar dan melatih diri untuk fokus dan penumpuan apabila melakukan sesuatu. 
 
Amalkan juga membaca al-Quran selalu dan banyakkan berzikir supaya tidak mudah lalai dan alpa.


Comments

  1. was2 mmg gguan syaitan.. dlm solat syaitan leh kacau apatah lagi bila kita lalai kan.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat