Kanak-kanak mati dikepit pintu lif


Foto 
ANGGOTA paramedik memeriksa keadaan jenazah Khairul Amir di dalam lif.

Kejadian lif rosak seringkali berlaku. Memang mengerikan. Cuma yang membezakan kali ini, kejadian ngeri yang berlaku di Projek Perumahan Rakyat Desa Tun Razak, Sungai Besi, telah meragut nyawa Khairul Amir Azri Lani, 11 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari selasa, mangsa yang baru pulang dari sekolah bersama 17 yang lain berada di dalam lif untuk naik ke tingkat tiga kerana mahu ke rumah neneknya.

Foto 
IBU Khairul, Nor Hazilah Mat Zain pengsan sebaik mayat anaknya dikeluarkan dari dalam lif.

Lif tiba-tiba rosak, menyebabkan mangsa cuba memanjat tembok lif diantara tingkat dua dan tiga sebelum ia tiba-tiba terhempas menimpa mangsa. Saksi kejadian, Asyraf Mohd Nor Asyraf Saifuddin, 17 tahun, berkata beliau amat terkejut melihat mangsa terus mendiamkan diri sebaik kepala dan badannya dari paras pinggang ke atas tersepit di pintu lif.

Katanya, lif itu pada awalnya mahu terhempas, tetapi berhenti sebelum pintu terbuka menyebabkan mangsa mengambil keputusan untuk melompat keluar. Pada masa yang sama ada seorang kanak-kanak lain yang mahu melompat keluar, tetapi beliau sempat menariknya sebelum beliau nekad keluar.

Comments

  1. Innalillah...memang sudah tiba ajalnya.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, dah ajal yer ! .. sedihnyer

    ReplyDelete
  3. Allah..sabar dan mohon dijauhkan

    ReplyDelete
  4. Allahu Akbar
    Al Fatihah utk mangsa...

    ReplyDelete
  5. semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diampuni segala dosanya. Al Fatihah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat