Breaking News

Wednesday, August 7, 2013

Checklict Untuk Semua Pemandu

 http://malaysiadaily.my/wp-content/uploads/2013/08/balik-kampung.jpg
 Hati-hati Memandu

Kemalangan jiwa dan perayaan sememangnya tidak dapat di pisahkan. Statistik menunjukkan peningkatan drastik kemalangan jiwa berlaku apabila tiba musim perayaan. Analisis dalam beberapa Ops Sikap sebelum ini mendapati, sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak mempedulikan keselamatan kenderaan menjadi punca berlakunya peningkatan kemalangan.

Selain daripada keadaan kenderaan yang kurang memuaskan, antara punca utama yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya adalah kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan.

So guys pada yang masih belum bertolak, especially lady driver, please check the following Tips ya:

1. Pastikan kereta telah di servis. Tumpuan perlu diberi kepada tayar dan brek. Periksa tekanan angin tayar. Untuk mendapat bacaan tepat, tekanan angin tayar perlu diperiksa semasa tayar dalam keadaan sejuk iaitu pada waktu pagi sebelum memulakan perjalanan.

2. Elakkan membawa lebih muatan untuk mengelakkan tekanan terhadap tayar.


http://4.bp.blogspot.com/_jleFspWk6Qo/TIi4W5J-nWI/AAAAAAAAAKY/alaTicSZKB4/s320/signboard.jpg
Cr: Zonbebas.com

3. Pastikan ada teman bersama ketika memandu terutamanya pada waktu malam. Jika mengantuk pastikan anda singgah di mana-mana R&R. Tidur sebentar sebelum menyambung perjalanan.

4. Patuhi jadual perjalanan yang ditetapkan Plus untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas serta menyimpan nombor telefon individu penting untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.

5. Hubungi pihak Automobile Association of Malaysia (AAM) untuk meminta bantuan dan nasihat sekiranya berhadapan keadaan cemas seperti kereta rosak atau tayar pancit ketika memandu seorang diri.

6. Pakai tali pinggang keledar di tempat duduk hadapan dan belakang.

7. Patuhi had laju, sekiranya hujan perlahankan kenderaan, elakkan memotong di garisan berkembar, elak menggunakan lorong kecemasan dan patuhi lampu isyarat. 

8. Banyakkan bersabar dan mempertingkatkan disiplin ketika di jalan raya serta patuhi undang-undang jalan raya.

Sayangi Nyawa Kita Serta Insan-Insan Lain Yang Berada Di Jalan Raya.

3 comments:

Designed By