Breaking News

Sunday, August 11, 2013

Chong Wei Gagal Menjadi Juara Dunia


 BADMINTON-WORLD-CHN
Terpaksa Menarik Diri Kerana Kecederaan


Malang bagi pemain no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei kerana gagal sekali lagi dalam misinya untuk memburu kejuaraan sulung di Kejohanan Badminton Dunia 2013 di Tianhe Gymnasium, Guanzhou China.

Beliau terpaksa menarik diri kerana mengalami kecederaan ketika bertemu musuh tradisi, Lin Dan pada set ketiga perlawanan akhir setelah ketinggalan 17-20 pada set penentuan tersebut. Pada set pertama, Chong Wei menang 21-16 namun tumpas di set kedua 13-21.

Kekecewaan itu adalah yang kedua berturut-turut bagi Chong Wei, yang juga pemain nombor satu dunia, selepas tumpas kepada pemain China itu di Arena Wembley, London dua tahun lepas.

p/s: Sekalung tahniah untuk Chong Wei kerana telah mempamerkan semangat juang yang tinggi, biarpun tewas

5 comments:

Designed By