Diskaun Tol Hingga 37.5% Bagi 22 Lebuhraya Sempena Hari Raya 2013

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDob48aR_97Z-DOpKmZp-PeUyajeWDG_GN-dNtRc3ocvpN5SawZ-vQ05DHvYt_oWcXenC_VOyfXndcVGF6HOMe2-xDNAYMYnUXYFMyJTIB3VVgELVeL1XmWzWfUgC_IDmuS9vWvCBIKzcM/s400/jam.jpg
 Diskaun Tol Hingga 37.5%


Diskaun Tol Sempena Hari Raya 2013

Dah balik kampung belum? Kalau belum ada berita baik untuk semua. Sebanyak 22 Lebuh Raya di seluruh negara akan memberikan Diskaun Tol pada kadar lima hingga 37.5 peratus sempena Aidilfitri bermula 5 Ogos 2013.

Daripada jumlah itu, 17 lebuh raya akan memberikan diskaun tol pada kadar lima hingga 37.5 peratus bermula dari 7 hingga 9 Ogos ini, Manakala lima lebuh raya di bawah kendalian Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada penguna kenderaan Kelas Satu yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 5 dan 6 Ogos serta 14 dan 15 Ogos.

Senarai 22 Lebuhraya Adalah Seperti berikut:

Diskaun 5 – 37.5 %
  • Lebuh Raya Koridor Guthrie (GUTHRIE)
  • Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA)
  • Lebuh raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Lebuh Raya SMART
  • Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)
  • Lebuh Raya KL-Karak (KLK)
  • Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)
  • Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
  • Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)
  • Lebuh Raya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB)
  • Lebuh Raya KL-Putrajaya (MEX)
  • Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya)
  • Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS)
  • Lebuh Raya Senai Desaru (SDE)
  • Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP)
  • Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (SPRINT
Senarai Lebuhraya PLUS- rebat tol 20 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas Satu yang membayar tol secara elektronik pada 5 dan 6 Ogos serta 14 dan 15 Ogos.
  • Lebuh Raya Utara Selatan kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar
  • Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  • Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)
  • Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang.

Comments

  1. untungnya orang pulang ke kampung dapat diskaun tol.. aiza sekeluarga insya-Allah beraya di perantauan tahun ini.. selamat pulang ke kampung han berhati-hati memandu..

    ReplyDelete
  2. Pergh....lautan kereta .....berapa jam nak lepas tu tu agaknya...
    Syukur le ada diskaun...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat