Solat Sunat : Jalan Ke Syurga

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjMAxvjaigPqDN8esKc6ACAIm0P4qG_jJzbHTEL-cBeBxzXqNjuvcqzhTdqSBOfTILx8Qe-wduzgtK4bmifMVNZHMG206kl0JNIKZIul-SmTJA87VG0-f5glNs8e8LaB_3TmI6lXPnNe8/s640/553508_468264076521318_614821368_n.jpg
 Solat Sunat Yang Di Tuntut

Solat Sunat : Jalan Ke Syurga

Solat sunat adalah solat yang mendapat pahala jika dikerjakan dan tidak mendapat siksa jika ditinggalkan bagi penganut ugama Islam. Berbeza dengan solat fardu yang digalakkan untuk didirikan secara berjemaah, solat sunat boleh dilakukan secara berjamaah atau secara bersendirian.

Solat sunat walaupun tidak diwajibkan, tetapi kepentingannya tidak boleh dipandang remeh oleh setiap umat Islam. Dalam erti lain, solat sunat merupakan penambahbaikan kepada solat fardu sekiranya terdapat kekurangan ketika menunaikan ibadat wajib itu.

Lebih-lebih lagi apabila ibadat solat merupakan perkara pertama sekali yang dihitung oleh Allah SWT pada hari akhirat kelak.
Seorang sahabat Rasulullah, Yahya Ya'mar meriwayatkan bahawa baginda berkata: "Sesungguhnya amal perbuatan pertama yang dihisab pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya sempurna, maka tercatat ke atasnya sempurna, jika tidak sempurna terjadi, Allah menyatakan kepada malaikat, "Perhatikan sama ada hamba aku didapati melakukan solat sunat. Sempurnakan solat itu dengan amalan solat sunat. Kemudian baru dihitung zakat dan seterusnya."
 http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/06/solat-sunat.jpg
 Cr: Shafiqalbu

Berdasarkan hadis berkenaan, jelas terbukti bahawa solat sunat merupakan ibadat penting. Tanggapan untuk mengabaikannya dengan memahami bahawa ibadat berkenaan hanya semata-mata sunat sahaja perlu kita buang untuk ke Syurga.


Comments

  1. Subhanallah.. semoga mmbawa ke syurga.. amin. Bagus info ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Khir coz sudi baca..semoga kita dapat manfaatnya kan..

      Delete
  2. gd one tq share yer

    ReplyDelete
  3. Haiii... bilalah Okje nak pulun solat sunat ni Raudzah...padahal buatnya bukan lama tapi beratnya bukan main lagi!

    ReplyDelete
  4. terima kasih di atas perkongsian yang mengingatkan aiza.. aiza jarang-jarang buat selama ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat