Kejam: Wanita Malang Di Samun & Di Gilis


PASAR MALAM, lokasi Rohani berniaga ayam sebelum dia maut digilis penjenayah di Taman Serdang Raya, Selangor kelmarin.


Hanya kerana beliau menghalang lorinya daripada di dilarikan, seorang peniaga ayam menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila dia digilis oleh sekumpulan lelaki yang bertindak melarikan lorinya di Jalan Serdang Raya 6/3, Taman Serdang Raya pada hari Selasa.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam, dua hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, Rohani Harun, 50, meninggal dunia akibat cedera parah di dada selepas lebih sejam menerima rawatan di Hospital Serdang di sini.

Kejadian malang itu berlaku selepas Rohani yang merupakan ibu kepada enam anak baru sahaja selesai berniaga di pasar malam Jalan Serdang Raya, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian. Ketika kejadian, mangsa memandu lori seorang diri manakala suaminya, Yahaya Ishak, (gambar kecil) 62, dan anak lelaki mereka, Mohd. Haikal Hafiz, 8, menaiki kereta berasingan untuk pulang ke rumah di Taman Serdang Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, mangsa memberhentikan kenderaannya selepas tiga lelaki berparang memintas lori itu sebelum menarik mangsa keluar. Mangsa cuba menahan lorinya yang dirampas suspek namun penjenayah itu bertindak kejam merempuh dan menyeret wanita tersebut sebelum meninggalnya beberapa meter dari lokasi kejadian.

p/s: Alfatihah untuk Arwah
Extract: Kosmo Online

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat