Siapa Pembunuh Altantuya: Azilah Dan Sirul Dah Bebas

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaR1PnkTWV7WyDg7mpaKza0NhviIv5SMbU_eqjDSNEiyaL1BbDmjQojypCKkihhjV0l5sT0yV2w8igf_P12pn80tsiYX86sNeJ-uCFrT0D_k0aN03KdcR43oGa8-Q0vOQrjh7m9YfgLAc/s1600/altantuya-2.gif
 Atlantuya Shaariibuu

Siapa Pembunuh Sebenar Altantuya? Azilah Dan Sirul Dah Bebas

Pada tahun 2009, Mahkamah Tinggi telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas  dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar atas kesalahan membunuh Altantuya Shaariibuu, yang ketika itu berumur 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006.

Seperti dijangka, pada hari ini,  Mahkamah Rayuan telah melepas dan membebaskan mereka. Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali,  Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu.

 Kes Altantuya: Azilah, Sirul dibebaskan dari tuduhan membunuh
 Gambar fail pada Februari 2009

Dalam rumusan penghakiman empat muka surat itu, mahkamah memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka.

Tengku Tengku Maimun yang membacakan penghakiman itu berkata hakim perbicaraan telah tersalah arah dirinya dengan cara tanpa arah gagal mempertimbangkan diari stesen dan gagal membuat dapatan sama ada pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa Azilah, yang merupakan tertuduh pertama dalam kes ini, berada di tempat kejadian jenayah.

Hakim Tengku Maimun berkata mengenai alibi pembelaan Azilah Hadri, mahkamah tidak menemui mana-mana dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan yang beliau telah menimbangkan sama ada diari stesen menunjukkan atau cenderung menunjukkan tentang kehadiran Azilah pada masa berkenaan dan dia tidak akan boleh atau tidak mungkin berada di tempat kejadian jenayah.

p/s: Perjalanan dan Ending kes yang agak pelik walaupun dijangka. Siapa pembunuh sebenar Atlantuya ya?

Comments

  1. hanya pelaku pembunuhan dan Allah saja yang tahu.. di dunia boleh terlepas, tapi di akhirat nanti pasti takkan terlepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Aiza..Di Sini semua orang boleh lepas, tapi tidak di sana..

      Delete
  2. hanya Allah SWT yang tahu... hurmm... bila sebut Altantuya ni seriau dan meremang bulu tengkuk sebab setiap hari balik rumah mesti lalu kat tempat mayat Altantuya ditemui tu... hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seramkan Farah teringat kes dia tu..ngeri, ada jugak manusia yang sanggup buat macam tu..

      Delete
  3. x larat nak komen tntng isu ini dah... Allah yng maha mengetahui siapa yg benar & siapa yg salah kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu ajelah balasan di sana nantikan KA..kat dunia ni mungkin boleh terlepas tapi tidak di sana..

      Delete
  4. terlepas di dunia...di akhirat pasti terkena..

    ReplyDelete
  5. hanya altantuya sahaja yg tau.err

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mama3 and pastinya ALLAH lagi mengetahui..

      Delete
  6. Isu ni klu antara yg didengar dari kawan2, ramai cakap perkara ni dah dijangka dari dulu lagi. Akhirnya x de org yg bunuh.. wallahualam.
    Kpd Allah jua segala pengetahuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Kjhir, kita pun dah expect cuma masih mengharapkan kebenaran..manalah taukan case twisted..

      Delete
  7. xhabis lagi isu ni ye..igtkan dah habis dah dulu..siapa la agaknye pembunuh sebenar kan >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes Bunuh yang tak ada pembunuh..Hanya ALLAH yang maha mengetahui Akmal.

      Delete
  8. punyelah lame kes neh..last skali x tau sape yang bunuh...haisshhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah P#eoniX..antara kes-kes cartoon kat Malaysia..

      Delete
  9. hanya Allah Maha mengatahui siapa sebenarnya

    ReplyDelete
  10. Banyak kemusykilan yang berlaku. Harap-harap kejujuran dalam pengadilan ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat