Ngeri: Cebisan Organ Manusia Di Jumpai Di Dalam Gaung

Bas Genting
   Operasi menyelamat


Ngeri: Cebisan Organ Manusia Di Jumpai Di Dalam Gaung

Ngeri apabila kaki dan cebisan organ dalaman manusia ditemui tidak jauh dari badan bas yang remuk teruk selepas terjunam ke gaung dalam kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands. Menurut Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Mansor Mohd Nor, kaki dan cebisan organ dalaman itu mungkin milik dua invidu.

Selain daripada organ di atas, barang-barang peribadi milik mangsa nahas juga dijumpai yang diharap dapat membantu anggota keluarga mengecam identiti mangsa. Sebanyak 34 daripada 37 mayat mangsa juga sudah dibedah siasat. Rata-ratanya mati akibat kecederaan teruk di dalam badan.

 Nahas bas: Polis, bomba teruskan usaha mencari
    Mangsa yang di bawa keluar

Nahas di atas adalah merupakan kemalangan paling buruk yang pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun. Nahas terakhir yang buruk berlaku pada 15 Julai 1996 apabila tujuh belas orang termasuk enam kanak-kanak terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.

Berdasarkan info yang diperolehi daripada mereka yang terselamat, bas yang terbabit, hilang kawalan sejauh 100 meter sebelum melanggar tebing dan jatuh ke dalam gaung. Walaubagaimanapun mereka bernasib baik kerana bas tersangkut pada pokok, jika tidak bas boleh jatuh lebih jauh ke dalam dan kemungkinan lebih ramai yang terkorban. Siasatan awal juga mendapati sebanyak 48 tiket dijual namun bilangan penumpang yang menaiki bas bernombor pendaftaran WGA 4136 berkenaan lebih daripada itu. Keadaan fizikal bas juga agak uzur.

Comments

  1. Hish ,...berani sungguh kerjaya sebagai polis dan bomba nikan Raudzah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Okje..banyak pengorbanan dia orang sebenarnya..kalau tak siapa yang nak buat kerja-kerja bahaya nikan..

      Delete
  2. ngerinya bila terjumpa cebisan organ tu... salam takziah buat keluarga mangsa yang terkorban...

    ReplyDelete
  3. sedih sangat dengan berita nahas nie..Allah maha tahu apa yang terbaik kan..

    ReplyDelete
  4. subhanallah ... begitulah jika Allah hendak ianya berlaku ...

    ReplyDelete
  5. Ngerilah bila terbayang cebisan2 tu.. syabas buat anggota keselamatan & penyelamat serta org2 yg membantu.. sedih pun ada bila tngok..

    ReplyDelete
  6. Tak boleh nak bayang betapa seksanya mangsa2 kemalangan ni menanggung kesakitan.. Semoga kita semua dilindungi olehNYA.. Salam takziah buat keluarga mangsa & al-Fatihah buat mangsa beragama Islam yang maut..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  7. takziah kepada keluarga mangsa :(

    ReplyDelete
  8. ngerinya.. kalau aiza memang tak berani.. kasihan mangsa.. kita doakan semoga yang muslim tu ditempatkan bersama golongan orang yang beriman dan beramal soleh..

    ReplyDelete
  9. dgr cite pun dah ngeri..blum tgk gambo yg sebenar..

    ReplyDelete
  10. sebut cebisan pun dah rasa ngeri..nikan pula kalu tengok sendiri..tabik dgn anggota2 penyelamat kita

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat