Pelik Tapi Benar: Jahit Lidah Untuk Kurus

 Tongue patchMarlene
Lysander Lanusa (kiri) dan Marlene Beltran (kanan) 
 
Pelik Tapi Benar:  Jahit Lidah Untuk Kurus

Pelik tapi benar. Hanya kerana ingin kelihatan kurus, dua orang wanita, Marlene Beltran, 20, dan Lysander Lanusa, 27 sanggup menjalani pembedahan menjahit lidah bagi mengurangkan selera makan mereka. Walaupun berasa sakit dan tidak selesa, mereka sangat gembira dengan hasil yang diperolehi.

Lysander yang pada awalnya mempunyai berat kira-kira 90.7 kilogram telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 10.4 kilogram dalam tempoh sebulan.  Sementara, Marlene yang mempunyai berat badan 70 kilogram pula berjaya mengurangkan lapan kilogram dalam tempoh sama.

 Tongue patch
Proses Menjahit Lidah

Hilang deria rasa

Kaedah menjahit lidah diperkenalkan pakar bedah plastik dari Beverly Hills, Nikolas Chugay pada 2009. Peranti yang dilekatkan pada lidah memerlukan enam jahitan. Pembedahan hanya mengambil masa 10 minit untuk diselesaikan dan bayaran yang dikenakan ialah sebanyak AS$2,000 (RM6,550).

Jahitan terbabit menyebabkan cubaan untuk mengambil makanan keras menjadi begitu menyakitkan sehingga terpaksa mengehadkan pengambilan makanan cair hanya kepada 800 kalori setiap hari. Pembedahan itu juga menyebabkan lidah kehilangan deria rasa dan mereka akan berasa sakit jika makan apa juga makanan kecuali cecair.

p/s: Extremenya dia orang ni...

Comments

  1. Ya Allah....sanggup menyiksa diri utk kurus....
    Kakau OKje, sanggup gemuk janji dpt makan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Okje..ngerikan..walau nak kurus sekalipun..

      Delete
  2. Replies
    1. Camne tu wana...menyeksa diri namanya tukan..kalau exercise pun ok..

      Delete
  3. Maaf sekiranya ayat sy kurang menyenangkan.. tp sy rasa mcm bodoh je buat mcm tu hehehee.. Kos pun mahal juga tu. Lebih baik x de lidah terus mcm buaya.. mcm2.. nice sharing. :D

    ReplyDelete
  4. nak kurus sanggup seksa diri..ish3

    ReplyDelete
  5. aiza bersyukur kerana diberikan deria rasa oleh Allah.. pelik betul mereka yang terlalu obses untuk kurus ni..

    ReplyDelete
  6. ya Allah sampai macma tu sekali utk kurus yer !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat