Pelik Tapi Benar: Tidur Atas BillBoard
Tempat tidur yang sejuk dan tak ada nyamuk
Pelik Tapi Benar: Tidur Atas BillBoard
Kisah pelik tapi benar datang lagi. Wah dah macam Tora-Tora. Nway kisah Pelik Tapi Benar ni dah jadi sebahagian dari jenama baru Blog Santai coz kita suka baca all these kisah walaupun kadang-kadang tak masuk akal. Tapi Kreativiti dia orang memang tak boleh dipertikai..
Kisah pelik kali ni mengenai seorang lelaki di Suzhou, China yang tidur di atas papan iklan yang berukuran 40 cm lebar dan 25 meter tinggi kerana terlalu miskin dan tidak mampu untuk menyewa sebuah bilik yang sempurna. Beliau yang berusia kira-kira 30 tahun, bekerja sebagai pengutip sampah. Sebelum membuat keputusan untuk tidur di atas Billboard tersebut, dia pernah tidur di bawah jejambat. Walau bagaimanapun, kerana terlalu banyak nyamuk dia mengambil keputusan untuk berpindah ke lokasi yang kurang
nyamuk. Ternyata pilihannya tepat kerana "rumah" baru beliau bukan sahaja
kurang nyamuk tetapi lebih sejuk. Seorang saksi memberitahu lelaki tersebut menggunakan tali untuk naik ke atas.
Namun langit tak selalunya cerah kerana tempat tidur beliau kini telah "disita" oleh syarikat pengiklanan. So sekarang dia terpaksa mencari lokasi lain yang tak ada nyamuk dan sejuk. Kesian dia..
andai kita berada di tempat mereka nie...
ReplyDeletemesti menangis tak henti-henti kan...
Alhamdulillah kita hadir dan datang dari seribu kesempurnaan...
Semoga apa yang kita miliki....akan kita jaga dengan serapi-rapinya.
Betul cik akak..kita punya tempat tidur yang selesa dan kehidupan yang sempurna..syukur..
DeleteSyukur kita dpt hidup smpurna..
ReplyDeleteAlhamdulillah Maria..
DeleteKesian tngok homeless ni.. Syukurlah walaupun kita x sentiasa senang, tp x lah susah smpi mcm tu.
ReplyDeleteBetul tu Khir..Dinegara kita ramai jugak yang homeless ni cuma takda yang tidur atas billboard.
Deletekasihannya.. rasa bersyukur kerana kita masih ada rumah..
ReplyDeleteYup Aiza,,Alhamdulillah
DeleteMacam-macam pula berlaku. Alhamdulillah, kita masih ada tempat tidur.
ReplyDeleteAlahai.... kesiannya....macam ni pun ada jugak yek!
ReplyDelete