R4BIA - Keyword Paling Popular

R4BIA telah muncul sebagai keyword paling popular yang di cari pengguna Google sepanjang Minggu lepas. R4BIA yang diwakili symbol 4 jari juga telah digunakan secara meluas sebagai profile di Twitter dan juga Facebook sebagai bentuk solidariti dan keperihatinan masyarakat Antarabangsa terhadap keganasan dan pembunuhan yang berlaku di Mesir.

http://r4bia.com/sites/default/files/r4bia_0.png 
R4BIA

“Rabaa” yang bermaksud empat dalam bahasa Arab, telah menjadi symbol anti keganasan, kekejaman dan ketidakadilan pihak tentera yang menggulingkan Presiden Mursi. Beberapa jam sebelum berlaku  "Pembunuhan Berdarah" pada 14 Ogos 2013, kumpulan Pro Mursi yang berada di Dataran Rabaa al-Adawiya menyuarakan tuntutan mereka kepada dunia dengan menaikkan empat jari mereka. 

Symbol 4 jari  ini adalah untuk mengenang kembali kezaliman yang berlaku di markas demonstrasi Pro Mursi di Dataran Rabaa al-Adawiya yang telah dihancurkan oleh pihak tentera. Ia adalah ikon Rabi'ah.  


Symbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan pada hari Sabtu (17 Ogos 2013) selepas mengecam keras pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pihak tentera Mesir pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih.

 http://hazminhamudin.com/wp-content/uploads/2013/08/R4BIA-dan-Simbol-Empat-Jari.jpg
 Erdogan melancarkan R4BIA
 http://img.bugun.com.tr/r4bia-isareti-nedir-r4bia-isareti-ne-anlama-geliyor-misir-haberleri-_761913_340_226.jpg
R4BIA
http://www.ilpost.it/files/2013/08/176924559.jpg

Comments

  1. mendoakan sume terbaik dr segi keselamatan saudara disana.semoga allah melindungi mereka dari kekejaman dan ancaman

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada mereka yang berjihad mempertahankan kebenaran di mesir ... aaamin .

    ReplyDelete
  3. mmg ramai yg guna simbol ni dalam profile...dan ada jugak yg guna simbol ni bagi kahwin 4....apa-apa pun semoga mereka semua diberi kekuatan luar biasa untuk menentang kezaliman manusia..

    ReplyDelete
  4. Sedih bila melihat cerita Mesir ni. Teringat pulak kisah murni ttg nama indah, Rabiatun Al Adawiyah.. Semoga Allah membantu mereka yg berjuang dengan balasan kejayaan & syurga.. amin.

    ReplyDelete
  5. sama2 kita berdoa yer !

    ReplyDelete
  6. semoga mereka semua dilindungi oleh Allah selalu.. hanya doa yang mampu dititipkan buat mereka saudara kita..

    ReplyDelete
  7. Ni kes rajin membacalah ni Raudzah hehe...tengok kt FB ramai guna profile ni ...baru tau cerita sebenarnya.....haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat