Skip to main content

Terkini: PTPTN Tidak Teruskan CCRIS

 Khairy Jamaluddin
 Khairy Jamaluddin 

Terkini: PTPTN Tidak Teruskan CCRIS

Setelah mendapat pelbagai bantahan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menyatakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Menerusi kenyataan beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya (FB) keputusan itu dilakukan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan, hari ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan yang telah mendengar pandangan golongan muda.

 p/s: Alhamdulillah, walaupun tidak ada official announcement lagi, berita ini baik untuk mereka-mereka yang benar-benar tidak berkemampuan. Tetapi bagi mereka-mereka yang SENGAJA, rasanya tidak adil kerana telah meragut peluang orang lain yang benar-benar perlukan bantuan. Hutang adalah beban yang akan kita tanggung diakhirat kelak. Segerakan bayaran jika kita mampu. Semoga hidup kita diberkati.

6. Tawaran Menarik, Kena Cuba  

Credit: Sinar Online

Comments

  1. Cadangan yg sepatutnya di bincang secara mendalam dan dibuat kajian dulu. Tidak perlu digembar-gemburkan, cukup sekadar didlm mesyuarat jemaah menteri...tidaklah isu ini kecoh dan akhirnya memberi kesan negatif pd kerajaann.
    Dah byk kali berlaku tapi tak belajar2lah...nak kena tukar nih! hehe

    ReplyDelete
  2. Baguslah klu mcm tu. Kadang2 kesian bila lepas grad kerja yg sesuai pun susah nk dpt, tp hutang dh mula kena commit.. bukan semua sengaja tak nk bayar. Tindakan yg baik utk masa depan rakyat & negara.

    ReplyDelete
  3. masih dlm mesyuarat jemaah menteri tak perlu lah masuk berita ... patutlah kaunter pembayaran ptpn masih lengang ... emmmm

    ReplyDelete
  4. For sure dah confirm tu kalau tak takkan KJ berani cakap...apa pun bagus jugak bagi mereka yg betul betul tidak berkemampuan....

    Psst...Raudzah....dah dapat dah semalam....Tq yeh boleh tengok latest entri....Surat dari Raudzah...

    ReplyDelete
  5. ada baik buruknya isu PTPTN jika teruskan CCRIS

    ReplyDelete
  6. syukur ada pihak yang memperjuangkan golongan peminjam.. :D

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.. harap2 apa yg di kata kan tu di kota kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat