Breaking News

Saturday, August 10, 2013

Isteri Cedera Parah Di simbah Air Rebusan Ketupat

 http://1.bp.blogspot.com/-rMVhg08awOo/TkPxLNBCNOI/AAAAAAAAAUA/DoPA2-fhmeY/s400/Ketupat+Lebaran.jpg
 Tragedi Ketupat Raya

Malang bagi seorang wanita, apabila air rebusan ketupat yang di masak khas untuk suaminya yang baru bebas dari penjara, akhirnya memakan diri sendiri apabila beliau melecur teruk disimbah suaminya mengunakan air tersebut.

Kejadian yang berlaku menjelang malam raya tersebut bermula dengan pertengkaran. Sang suami yang tidak berpuas hati dengan penjelasan sang isteri mengenai sesuatu perkara yang tidak diketahui punca, memukul isterinya yang menyebabkan pertengkaran menjadi semakin panas. Sang suami yang hilang kawalan bertindak ganas mengambil air panas rebusan ketupat yang dijerang isteri, lalu meyimbah ke badan isterinya. 

Mangsa yang mengelupur kesakitan kerana cedera teruk di badan dan muka, merayu suaminya supaya menghantarnya ke hospital, tetapi beliau bertindak melarikan diri dan meninggalkan isterinya keseorangan. Mangsa bernasib baik kerana jeritan beliau didengari jiran sebelah yang datang membantu dan membawanya ke Hospital Kuala lumpur (HKL).

5 comments:

  1. Astaghfirullah sedihnya.. apalah suami mcm ni, dh kluar penjara masih disambut isteri, lagi x mengenang budi.. Klu marah sekali pun, snggup betul buat smpi mcm tu...

    ReplyDelete
  2. Mcm lawak... Haa.... Haaaa.... Kalau ada ular dah lama sipembuat lemang kena patuk. Ingat ular tu ndak duduk diam bila sipembuat lemang tu masukkan daun pisang dan bahan2 dlm buluh lemang. Blogger pernah buat lemang ke tak?

    ReplyDelete
  3. Ini jenis LELAKI spesis..SYAITAN...dah layak lah ISTERI...minta CERAI ajer..???

    ReplyDelete
  4. zalimnya suami dia.. geram pula rasanya..

    ReplyDelete
  5. Apalah punya suami macam tu mentallah tu tak de lain kesiannya........

    ReplyDelete

Designed By