Breaking News

Sunday, September 1, 2013

7 Gambar: Apabila AS Tak Sabar-Sabar Nak Serang Syria

http://static.prisonplanet.com/p/images/june2013/140613obama.jpg
Obama & Syria

Apabila AS Tak Sabar-Sabar Nak Serang Syria

Nampak gayanya Presiden Amerika Syarikat Barack Obama terpaksa menangguhkan hasrat beliau yang berkobar-kobar untuk menghancurkan dan menguasai Syria buat sementara waktu. Sekurang-kurangnya sehingga 9 September, apabila anggota Kongres kembali daripada cuti musim panas. Ini berikutan keputusan beliau untuk mendapatkan Perkenan Kongres bagi menghalalkan niat beliau untuk melakukan Pembunuhan Beramai-Ramai ke atas Syria.

Kita harap sangat-sangat Obama bakal menerima nasib yang sama seperti Perdana Menteri Britain, David Cameron, yang gagal dalam usulnya untuk melaksanakan tindakan ketenteraan ke atas Syria di parlimen Khamis lalu.

Walaupun Obama bertegas bahawa beliau "berhak" melancarkan serangan walau apa pun keputusan Kongres, sekurang-kurangnya hasrat beliau mungkin sedikit goyang jika beliau tidak mendapat perkenan Kongres.

Sementara itu sekurang-kurangnya lima armada perang Amerika Syarikat dilengkapi peluru berpandu Tomahawk sudah bergerak ke bahagian timur Mediterranean dan bersedia melancarkan serangan ke atas sasaran Syria. Mereka ni hanya menunggu masa untuk membedil orang-orang Islam di Syria. Memang inilah saat yang dinanti-nantikan oleh AS selama ini.

Sementara itu protes secara besar-besaran berlaku di beberapa tempat di US dan London. Alhamdulillah masih ada yang berhati mulia di dalam dunia ini walaupun suara mereka pasti tidak penting buat Obama. 

 http://www.firstpost.com/wp-content/uploads/2013/08/Syria-no-war-reuters1.jpg
AS tangguh serang Syria  Stop the War Coalition march against US War on Syria
Protes di London & US
 Antiwar activists protest against US and British involvement in Syriahttp://www.theblaze.com/wp-content/uploads/2013/08/600x399136.jpg
 http://news.bbcimg.co.uk/media/images/69528000/jpg/_69528036_protest1.jpg
No war against Syria

Yang pasti serangan ke atas Syria bakal menyaksikan satu lagi episod penghapusan Umat Islam di Bumi ALLAH. Semoga ALLAH berikan pertolongan kepada Semua Umat Islam disana jika itu adalah yang terbaik untuk mereka.

12 comments:

  1. satu lagi konspirasi terbesar israel. kalau mereka berjaya. iran mangsa seterusnya. dan terakhir adalah arab.

    ReplyDelete
  2. ish3. pelik la kan kerajaan Amerika ni... macm xdak kerja lain nak di buat ja selain membunuh manusia yang tak berdosa!

    ReplyDelete
  3. Salam kenal.ya allah,selamatkan semua umat islam dan satukanlah hati kami, semua umat islam.mmg org kafir tgu masa je nakhapuskan org islam.org islam now pula x bersatu hati,lalai n x kuat iman

    ReplyDelete
  4. semoga allah melindungi mereka semua.takbir!

    ReplyDelete
  5. geramnya aiza baca entri ni.. semakin melampau musuh islam.. semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada umat islam yang teraniaya..

    ReplyDelete
  6. Lindungi syria :( doa buat org islam yang terseksa disebabkan org kafir

    ReplyDelete
  7. obama nak bagi keje kat tenteranya yg x de keje kat dlm negara agaknya . mungkin juga obama nak kuasai minyak ... dah mcm dajjal dunia lak amerika nih kan ...

    ReplyDelete
  8. Tunggulah balasan Allah kepada pemerintah yg kejam tu

    ReplyDelete
  9. Obama terdesak utk meninggalkan sesuatu impak semasa pemerintahannya, kalau tidak namanya tiada impak besar dimata dunia...
    Semoga matlamat Yahudi tidak tercapai...

    ReplyDelete
  10. Dendam, hasil bumi & perjuangan agama, baik yahudi atau nasrani.. mmg susah nk aman.. moga Allah berikan jalan kekuatan kpd pembela2 Islam.. amin.

    ReplyDelete
  11. bila jadinya peperangan, mcm2 perkara yg akan musnah kan. tamadun peradaban? musnah...

    ReplyDelete
  12. wahhhhh ni ape kes ni?? tiba2 pulak us nk msuk cmpur..hm :( dah la dgn isu syiahnya..sbar jelh..harap Allah bantulah saudara islam disana..Allah sntiasa bersama mereka..kalau terhapusnya umat islam disana, mmg hmpir dah dgn kiamat..yg mulia diangkat Allah satu persatu..

    ReplyDelete

Designed By