7 Gambar: Apabila AS Tak Sabar-Sabar Nak Serang Syria
Obama & Syria
Apabila AS Tak Sabar-Sabar Nak Serang Syria
Nampak gayanya Presiden Amerika Syarikat Barack Obama terpaksa menangguhkan
hasrat beliau yang berkobar-kobar untuk menghancurkan dan menguasai Syria buat sementara waktu. Sekurang-kurangnya sehingga 9 September, apabila anggota Kongres kembali
daripada cuti musim panas. Ini berikutan keputusan beliau untuk mendapatkan Perkenan Kongres bagi menghalalkan niat beliau untuk melakukan Pembunuhan Beramai-Ramai ke atas Syria.
Kita harap sangat-sangat Obama bakal menerima nasib yang sama seperti Perdana Menteri Britain, David Cameron, yang gagal dalam usulnya untuk melaksanakan tindakan ketenteraan ke atas Syria di parlimen Khamis lalu.
Walaupun Obama bertegas bahawa beliau "berhak" melancarkan serangan walau apa pun keputusan Kongres, sekurang-kurangnya hasrat beliau mungkin sedikit goyang jika beliau tidak mendapat perkenan Kongres.
Sementara itu sekurang-kurangnya
lima armada perang Amerika Syarikat dilengkapi peluru berpandu Tomahawk
sudah bergerak ke bahagian timur Mediterranean dan bersedia melancarkan
serangan ke atas sasaran Syria. Mereka ni hanya menunggu masa untuk membedil orang-orang Islam di Syria. Memang inilah saat yang dinanti-nantikan oleh AS selama ini.
Sementara itu protes secara besar-besaran berlaku di beberapa tempat di US dan London. Alhamdulillah masih ada yang berhati mulia di dalam dunia ini walaupun suara mereka pasti tidak penting buat Obama.
Sementara itu protes secara besar-besaran berlaku di beberapa tempat di US dan London. Alhamdulillah masih ada yang berhati mulia di dalam dunia ini walaupun suara mereka pasti tidak penting buat Obama.
Protes di London & US
No war against Syria
Yang pasti serangan ke atas Syria bakal menyaksikan satu lagi episod penghapusan Umat Islam di Bumi ALLAH. Semoga ALLAH berikan pertolongan kepada Semua Umat Islam disana jika itu adalah yang terbaik untuk mereka.
satu lagi konspirasi terbesar israel. kalau mereka berjaya. iran mangsa seterusnya. dan terakhir adalah arab.
ReplyDeleteish3. pelik la kan kerajaan Amerika ni... macm xdak kerja lain nak di buat ja selain membunuh manusia yang tak berdosa!
ReplyDeleteSalam kenal.ya allah,selamatkan semua umat islam dan satukanlah hati kami, semua umat islam.mmg org kafir tgu masa je nakhapuskan org islam.org islam now pula x bersatu hati,lalai n x kuat iman
ReplyDeletesemoga allah melindungi mereka semua.takbir!
ReplyDeletegeramnya aiza baca entri ni.. semakin melampau musuh islam.. semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada umat islam yang teraniaya..
ReplyDeleteLindungi syria :( doa buat org islam yang terseksa disebabkan org kafir
ReplyDeleteobama nak bagi keje kat tenteranya yg x de keje kat dlm negara agaknya . mungkin juga obama nak kuasai minyak ... dah mcm dajjal dunia lak amerika nih kan ...
ReplyDeleteTunggulah balasan Allah kepada pemerintah yg kejam tu
ReplyDeleteObama terdesak utk meninggalkan sesuatu impak semasa pemerintahannya, kalau tidak namanya tiada impak besar dimata dunia...
ReplyDeleteSemoga matlamat Yahudi tidak tercapai...
Dendam, hasil bumi & perjuangan agama, baik yahudi atau nasrani.. mmg susah nk aman.. moga Allah berikan jalan kekuatan kpd pembela2 Islam.. amin.
ReplyDeletebila jadinya peperangan, mcm2 perkara yg akan musnah kan. tamadun peradaban? musnah...
ReplyDeletewahhhhh ni ape kes ni?? tiba2 pulak us nk msuk cmpur..hm :( dah la dgn isu syiahnya..sbar jelh..harap Allah bantulah saudara islam disana..Allah sntiasa bersama mereka..kalau terhapusnya umat islam disana, mmg hmpir dah dgn kiamat..yg mulia diangkat Allah satu persatu..
ReplyDelete