Breaking News

Tuesday, September 3, 2013

Kesian Dia: Tua Sebelum Usia

Illness: Ali's genetic condition effectively has the body of a 110-year-old because of the rare condition
Tubuh Ali tidak membesar seperti remaja normal sebaliknya semakin lemah.
  
Sindrom Genetik Progeria : Tua Sebelum Usia

Fikiran dan jiwanya masih seperti seorang remaja lelaki berumur 14 tahun, namun jika dilihat dari sudut fizikal, Ali Hussain sebenarnya sudah melewati usia 110 tahun. Dibesarkan di wilayah miskin Bihar, India, Ali disahkan menghidapi sejenis Sindrom Genetik Progeria dan memperlihatkan fizikalnya lapan kali ganda lebih tua berbanding umur sebenar

 Child victim: Ali Hussain is held by his mother Razia, 46. She has had eight children and six of them have suffered from Progeria
Ali bersama ibunya

Progeria adalah sejenis sindrom yang menyebabkan seseorang itu mengalami proses penuaan secara pantas sekali gus memudahkannya dijangkiti artritis, masalah mata, penyakit jantung dan botak. Jangka hayat pesakit juga amat pendek iaitu antara 14 tahun hingga 20-an.

Bagaimanapun, Ali yang hanya memiliki berat 10 kilogram, tidak berputus asa selepas mengetahui tempoh hayatnya itu, dan berharap ubat yang diambilnya setiap hari dapat memanjangkan usia dan kesihatannya bertambah baik.

Family victims: Nabi Hussain Khan, 50, (left) with his wife Razia, 46, (right) and their children.
 Ali bersama keluarga

Masalah genetik dalam keluarga Ali

Ibu bapa Ali, Nabi Hussain Khan, 50, dan Razia, 46, memiliki pertalian darah iaitu sepupu rapat serta dikahwinkan oleh keluarga masing-masing kira-kira 32 tahun lalu. Nabi dan Razia dikurniakan lapan anak dan enam daripadanya menghidapi Progeria. Anak pertama, Rehana, dilahirkan pada 1983 meninggal dunia ketika berumur 24 tahun dalam 2007. 

Anak kedua, Iqramul dilahirkan pada 1987, menemui ajal kerana penyakit sama pada usia 22 tahun dalam 2009. Gudiya yang dilahirkan pada 1989, turut meninggal dunia atas sebab sama pada usia 15 tahun dalam 2004. Anak keempat, Rubina meninggal dunia pada usia 12 tahun dalam 1992. Dua anak perempuan pasangan ini, Sanjeeda, 20 dan Chanda, 10, disahkan sihat

11 comments:

  1. Kesiannya... syukur kita dilahirkan cukup.sifat dan sihat

    ReplyDelete
  2. Kesian.. baru nk meningkat remaja, sepatutnya tngh semangat. Tp syng jasad dah x bertenaga...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. dilahirkan dlm keadaan sihat..

    ReplyDelete
  4. Kasihan...sudah ketentuan nasibnya. Sebab itu Islam tidak menggalakkan berkahwin dengan sedara yg rapat pertalian darahnya.

    ReplyDelete
  5. Dugaan Allah yg hebat buat mereka....

    ReplyDelete
  6. Kesian dia. Itu sebab dalam islam tidak digalakkan berkahwin dengan sepupu sepapat. Carilah orang lain, bangsa lain lebih bagus supaya DNA lebih kuat, lebih bijak, lebih cantik dan mengelakkan penyakit seketurunan.

    ReplyDelete
  7. kesian juga..Besar dugaan family ni..

    ReplyDelete
  8. pernah dengar juga orang mengatakan tak elok berkaitan dengan sepupu.. ibu saudara kawan aiza berkahwin dengan sepupu, kesemua 6 orang anaknya meninggal dunia semasa kecil kerana down syndrome.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, saya dilahirkan sempurna.

    ReplyDelete

Designed By