Ngeri: Bunuh Dan Masak Mayat Suami Akibat Tertekan


Mayat di masak setelah dibunuh

Ngeri: Bunuh Akibat Tertekan

Kisah ngeri ini berlaku di China. Akibat tertekan, seorang wanita telah mendera suaminya hingga mati sebelum memasak mayat lelaki berkenaan untuk melupuskan bukti. Wanita berusia 48 tahun yang dikenali dengan nama keluarganya Zheng, bertindak membunuh suaminya, Liu selepas mendapati dia berulang kali menyeksa anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya.

Menurut laporan, Zheng yang tinggal di Lu’an di wilayah Anhui mencampurkan pil tidur ke dalam makanan suaminya pada 14 Jun lalu. Dia kemudian mengikat lelaki itu di garaj mereka, tempat dia memukul Liu dengan penyodok dan menikamnya dengan pemutar skru. Mangsa yang tidak diberi makan dan minum akhirnya mati tiga hari selepas itu. Wanita berkenaan kemudian membeli gergaji dan periuk tekanan tinggi.

Ngeri: Masak Mayat Suami 

Dia kemudiannya memotong mayat suaminya dan memasaknya dalam periuk berkenaan. Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana dia membuang mayat suaminya yang sudah dimasak. Zheng memberitahu jiran dan keluarganya bahawa Liu ke daerah Hefei untuk mendapatkan rawatan.

Sebulan selepas melakukan jenayah itu, Zheng ke balai polis dan mengaku membunuh suaminya. Menurutnya, dia berdepan dengan tekanan mental dan sering bimbang ditangkap. Wanita itu kini dalam tahanan polis dan kesnya masih disiasat.

p/s: Apabila tekanan perasaan terlalu tinggi, inilah yang terjadi. Dah tak boleh control..bahayakan..So kalau ada yang terbuku dihati, jangan simpan-simpan tau. Baik cepat-cepat luahkan...takut jadi macam nilah...Nauzubillah.

Comments

  1. ish.. seriaunye.. mcm2 sekrg ni..

    ReplyDelete
  2. banyak ceta yang pelik2 ni berlaku kat negara china kan :)

    ReplyDelete
  3. Kat China mmg byk hal pelik2. Payah jugak kalau agama tak kuat. KEhidupan diorg pun mmg tertekan sbnrnya. Wan penah pegi sana...tgk muka masing2 sumer tension jerk. Tak macam kat malaysia. Leh senyum2.

    ReplyDelete
  4. ini sangat2 mental, mesti kes tekanan melampau ni... hu hu hu...

    ReplyDelete
  5. eiiii..sanggup dia...nie dah kira mental...

    ReplyDelete
  6. Hiduo diselubungi rasa bersalah.... sampai bila boleh tahan. Mmg tekanan nih.

    ReplyDelete
  7. ngerinya.. memang betul-betul sakit jiwa tu..

    ReplyDelete
  8. Nauzubillah.. ishh. Sakit jiwa mmg..

    ReplyDelete
  9. mungkin kehidupan di sana sangat menghimpit menyebabkan org cina nih mudah jer tertekan ...

    ReplyDelete
  10. pehh..hm kat china ni sumenya boleh jd..dia mkan x selapas msak?? rsanya tekanan jiwa ni mmg bhya..

    ReplyDelete
  11. mmg ngeri rasa nak muntah bila baca news ni semalam !

    ReplyDelete
  12. Satu pasal tekanan, satu lagi bukan mudah nak bunuh orangkan Raudzah...mesti demam punyalah nak simpan rahsia... dah tentu tentu mmg buat salah

    ReplyDelete
  13. Amboi senangnya dia buat kerja. Ni mesti tak fikir panjang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat