Ngeri: Bunuh Dan Masak Mayat Suami Akibat Tertekan
Ngeri: Bunuh Akibat Tertekan
Kisah ngeri ini berlaku di China. Akibat tertekan, seorang wanita telah
mendera suaminya hingga mati sebelum memasak mayat lelaki berkenaan untuk melupuskan bukti. Wanita berusia 48 tahun yang dikenali dengan nama keluarganya Zheng,
bertindak membunuh suaminya, Liu selepas mendapati dia berulang kali
menyeksa anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya.
Menurut laporan, Zheng yang tinggal di Lu’an di wilayah Anhui
mencampurkan pil tidur ke dalam makanan suaminya pada 14 Jun lalu. Dia
kemudian mengikat lelaki itu di garaj mereka, tempat dia memukul Liu
dengan penyodok dan menikamnya dengan pemutar skru.
Mangsa yang tidak diberi makan dan minum akhirnya mati tiga hari
selepas itu. Wanita berkenaan kemudian membeli gergaji dan periuk
tekanan tinggi.
Ngeri: Masak Mayat Suami
Dia kemudiannya memotong mayat suaminya dan memasaknya dalam periuk berkenaan. Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana dia membuang mayat suaminya yang sudah dimasak. Zheng memberitahu jiran dan keluarganya bahawa Liu ke daerah Hefei untuk mendapatkan rawatan.
Sebulan selepas melakukan jenayah itu, Zheng ke balai polis dan mengaku membunuh suaminya. Menurutnya, dia berdepan dengan tekanan mental dan sering bimbang ditangkap. Wanita itu kini dalam tahanan polis dan kesnya masih disiasat.
p/s: Apabila tekanan perasaan terlalu tinggi, inilah yang terjadi. Dah tak boleh control..bahayakan..So kalau ada yang terbuku dihati, jangan simpan-simpan tau. Baik cepat-cepat luahkan...takut jadi macam nilah...Nauzubillah.
ish.. seriaunye.. mcm2 sekrg ni..
ReplyDeletebanyak ceta yang pelik2 ni berlaku kat negara china kan :)
ReplyDeleteKat China mmg byk hal pelik2. Payah jugak kalau agama tak kuat. KEhidupan diorg pun mmg tertekan sbnrnya. Wan penah pegi sana...tgk muka masing2 sumer tension jerk. Tak macam kat malaysia. Leh senyum2.
ReplyDeleteini sangat2 mental, mesti kes tekanan melampau ni... hu hu hu...
ReplyDeleteeiiii..sanggup dia...nie dah kira mental...
ReplyDeletengerinyer...
ReplyDeleteHiduo diselubungi rasa bersalah.... sampai bila boleh tahan. Mmg tekanan nih.
ReplyDeletengerinya.. memang betul-betul sakit jiwa tu..
ReplyDeleteNauzubillah.. ishh. Sakit jiwa mmg..
ReplyDeletemungkin kehidupan di sana sangat menghimpit menyebabkan org cina nih mudah jer tertekan ...
ReplyDeletepehh..hm kat china ni sumenya boleh jd..dia mkan x selapas msak?? rsanya tekanan jiwa ni mmg bhya..
ReplyDeletemmg ngeri rasa nak muntah bila baca news ni semalam !
ReplyDeleteSatu pasal tekanan, satu lagi bukan mudah nak bunuh orangkan Raudzah...mesti demam punyalah nak simpan rahsia... dah tentu tentu mmg buat salah
ReplyDeletengerinya baca ni Raudz..
ReplyDeleteAmboi senangnya dia buat kerja. Ni mesti tak fikir panjang.
ReplyDelete