Breaking News

Sunday, September 1, 2013

Pelik Tapi Benar: Saman Ayah Kerana Tak Mampu Bayar Yuran

Son Sues His Sick Father in Jiangsu for not Being Able to Afford Tuition Fees
Saman Or Kerja?

Pelik Tapi Benar: Saman Ayah Kerana Tak Mampu Bayar Yuran

Kisah pelik tapi benar kali ini lebih kepada cerita "Si Tanggang Moden". Tapi dalam kes ni Si Tanggang belum kaya cuma dah besar aje, dah masuk Universiti.

Alkisahnya, Xiao Zhu, seorang pelajar di sebuah universiti di Nanjing, China telah menyaman bapanya yang sakit kerana tidak mampu memberi elaun sara hidupnya dan membayar yuran pengajiannya di universiti tersebut.  Hmmm...

Menurut laporan, apabila ayahnya jatuh sakit, keluarga mereka terpaksa bergantung semata-mata pada pendapatan ibunya. Apabila cuti musim panas berakhir, Xiao Zhu telah bersiap sedia untuk kembali ke tahun kedua pengajiaannya. Namun kedua ibu bapanya memberitahu beliau yang mereka tidak mempunyai cukup wang untuk membayar yuran pengajian beliau yang berjumlah ratusan ribu yuan, kerana banyak wang telah dibelanjakan untuk rawatan perubatan bapanya. Mereka juga tidak mampu lagi untuk membuat pinjaman kerana sudah kehabisan punca dan mencadangkan supaya Xiao Zhu mencari pekerjaan sambilan untuk menampung yuran pengajiannya.


http://31.media.tumblr.com/tumblr_ln7l4lVsrF1qb45d6o1_500.jpg
 Bayar Yuran Or Masuk Jail

Berang dengan cadangan tersebut kerana merasakan beliau tidak bernasib baik,
Xiao Zhu telah membawa kesnya ke Mahkamah Rakyat di Daerah Lianyun. Dia merayu kepada mahkamah supaya mewajibkan bapanya dari segi undang-undang untuk membayar pengajian beliau selama tiga tahun serta membayar sara hidupnya.

Mahkamah memutuskan menurut undang-undang di China, ibu bapa kanak-kanak yang berusia 18 tahun ke atas tidak diwajibkan untuk membayar tuisyen atau perbelanjaan hidup anak-anak mereka. Tambahan pula bapa Xiao Zhu sememangnya tidak mampu untuk membayar yuran pengajian anaknya. Walaubagaimanapun, pada akhir perbicaraan ada berita gembira untuk
Xiao Zhu dan kelurganya. Atas dasar simpati, pegawai-pegawai polis yang terlibat dalam perbicaraan telah bersetuju untuk membayar semua yuran pengajian Xiao Zhu. Mereka juga turut menderma sebanyak 2000 RMB kepada keluarga tersebut. 

p/s: Happy ending akhirnya, tapi ada ke patut disamannya ayahnya yang sakit & tak mampu. Hmmm..anak derhaka!!!

12 comments:

  1. sah sah mementingkan diri sendiri ni anak dia ni... kesianlah kat bapak tu yang sakit...

    ReplyDelete
  2. Macam ni punya anak pun ada ka... Malang sungguh si bapa.

    ReplyDelete
  3. Dari segi menyaman tu mmg tak patut le tapi dari semangat diaorang ni mmg kental betulkan Raudzah...Punyalah nak belajar

    ReplyDelete
  4. ahahhahaa.. nasib baik ada yang baik hati nak bayar yuran utk dia kan.. apa pon dia ni memang anak yang xtahu bersyukur dan xdak belas kasihan terhdap ibu bapa snri

    ReplyDelete
  5. Dunia sudah terbalik.. anak marah bapa & yg ini siap saman pulak. Nk belajar tu bagus tp bila dh mcm ni, baik x payah belajar lah si anak tu.. tak patut..

    ReplyDelete
  6. belajar jer tinggi,tapi x pandai nak pk...huhuhuh!!!x patut betol...

    ReplyDelete
  7. happy ending..tp xmghargai..kalau si ayah tu tahu perangai anak dia mcm 2..pasti kecik2 dah dibunuhnya hu3..

    ReplyDelete
  8. memang anak derhaka ni.. tak tahu bersyukur..

    ReplyDelete
  9. adeh..macam tu ke pula...kesian si bapa..dah sakit disaman pula oleh anak sendiri

    ReplyDelete

Designed By