Breaking News

Monday, September 2, 2013

Selepas Minyak, Tarif Elektrik Juga Akan Naik ?

 http://mk-cdn.mkini.net/153/b743c5f7e0facb45d4b42ff68cd06ec1.gif
 Tarif Elektrik Bakal Naik?

Selepas Minyak, Tarif Elektrik Juga Akan Naik?

Selepas kenaikan harga minyak semalam, rasanya pasti ramai yang menunggu samada Tarif Elektrik juga akan mengikut jejak langkah yang sama. Ini adalah ekoran dari kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie baru-baru ini bahawa syarikat itu berhasrat menyemak semula tarif elektrik berikutan peningkatan kos operasi.

Sehingga kini, TNB memberi jaminan jika cadangan pelarasan tarif elektrik dipersetujui kerajaan, kadarnya tidak akan membebankan pengguna. Berikut adalah kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Ir Azman Mohd:
Sekiranya ada pelarasan semula tarif dibuat, tarif baru itu akan dipastikan berpatutan... rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan dua tiga kali ganda...ada peratusan tertentu tetapi tidak setinggi itu..
Mereka juga memberi jaminan pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200 kilowat sejam (kwh) tidak akan terjejas dan akan kekal menikmati kadar 21.8 sen bagi setiap kilowatt, sementara mereka yang menggunakan elektrik kurang 92Kwh sebulan atau kurang RM20 sebulan juga akan terus menikmati rebat.
  
p/s: Hmm..So kita tunggu ajelah apakah bakal ada hadiah kedua untuk rakyat malaysia soon?

9 comments:

  1. Semua nak naik ni aduhh.. majikan2 swasta tngh pening.. kos transport naik, kos letrik opis naik, gaji staff mintak naik, cukai naik.. nak naik harga barang takut cust pulak naik angin sbb semua dh naik.. delemma2.. Nasib baik hujan ttp setia turun.. :)

    ReplyDelete
  2. Kalau dah ada kenaikan pasti membebankan rakyat....ksn Raudzah

    ReplyDelete
  3. Pasti lepas ni bukan saja elektrik, pasti benda-benda lain juga akan naik. Tunggu dan lihat saja.

    ReplyDelete

Designed By