Selepas Minyak, Tarif Elektrik Juga Akan Naik ?

 http://mk-cdn.mkini.net/153/b743c5f7e0facb45d4b42ff68cd06ec1.gif
 Tarif Elektrik Bakal Naik?

Selepas Minyak, Tarif Elektrik Juga Akan Naik?

Selepas kenaikan harga minyak semalam, rasanya pasti ramai yang menunggu samada Tarif Elektrik juga akan mengikut jejak langkah yang sama. Ini adalah ekoran dari kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie baru-baru ini bahawa syarikat itu berhasrat menyemak semula tarif elektrik berikutan peningkatan kos operasi.

Sehingga kini, TNB memberi jaminan jika cadangan pelarasan tarif elektrik dipersetujui kerajaan, kadarnya tidak akan membebankan pengguna. Berikut adalah kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Ir Azman Mohd:
Sekiranya ada pelarasan semula tarif dibuat, tarif baru itu akan dipastikan berpatutan... rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan dua tiga kali ganda...ada peratusan tertentu tetapi tidak setinggi itu..
Mereka juga memberi jaminan pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200 kilowat sejam (kwh) tidak akan terjejas dan akan kekal menikmati kadar 21.8 sen bagi setiap kilowatt, sementara mereka yang menggunakan elektrik kurang 92Kwh sebulan atau kurang RM20 sebulan juga akan terus menikmati rebat.
  
p/s: Hmm..So kita tunggu ajelah apakah bakal ada hadiah kedua untuk rakyat malaysia soon?

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat