10 Golongan Di Usir Dari Padang Mahsyar

Keadaan Manusia Di Padang Mahsyar


Salam Jumaat Buat Semua Pembaca Blog Santai,

Keadaan Padang Mahsyar


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 10 Golongan Di Usir Dari Padang Mahsyar. Padang Mahsyar / Mahsyar (Arab: محشر)  adalah tanah berpasir putih yang sangat luas dan datar di akhirat. Di Padang Mahsyar inilah semua makhluk Allah yang berada di tujuh lapis langit dan bumi termasuk malaikat, jin, manusia, binatang berkumpul dan berasak-asakan. 

Setiap manusia pada hari pengadilan akan hadir di Padang Mahsyar, diiringi oleh dua malaikat, yang satu sebagai pengiringnya dan yang satu lagi sebagai saksi atas segala perbuatannya di dunia. Manusia yang pertama kali dibangkitkan oleh Allah adalah Nabi Muhammad SAW.

 

10 Golongan Di Usir Dari Padang Mahsyar


Apabila manusia dibangkitkan semula selepas kiamat, kita semua akan dihimpunkan di padang Mahsyar untuk menghadapi perbicaraan atau timbangan amalan di dunia. Setiap sudut padang Mahsyar penuh sesak dengan manusia dan jin untuk bersama mengharungi hari hisab. Keadaan manusia pada ketika itu amat  bergantung kepada amalan apa yang telah kita lakukan semasa hidup. Sekiranya kita tidak beriman kepada Allah dan Rasul, dan melakukan perkara-perkara dusta didunia ini, kita akan termasuk dalam 10 golongan manusia yang di usir dari Padang Mahsyar:

10 Golongan Di Usir Dari Padang Mahsyar


Dan Jika kita beriman kepada Allah dan Rasul, kita akan dibangkitkan dari kubur dengan keadaan wajah yang bersinar-sinar bercahaya laksana bulan purnama. Kita akan melalui titian sirath seperti kilat yang menyambar. Keadaan ini mampu kita perolehi jika kita sentiasa beramal soleh dan berbuat baik, menjauhi perbuatan durhaka, memelihara solat lima waktu, meninggal dunia dalam keadaan bertaubat dan mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah.

Jom sama-sama kita muhasabah diri, semoga kita semua dibangkitkan dalam keadaan yang sempurna dan mampu melalui titian sirath seperti kilat yang menyambar.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.

Comments

  1. masyaAllah... moga2 kita tidak tergolong dlm golongan yang di usir

    ReplyDelete
  2. gud sharing Raudzah...semoga kita dijauhi dari golongan2 yang diusir ...

    ReplyDelete
  3. it takes time to change from bad to good huhu *reminder for fae*

    ReplyDelete
  4. takotnye nk menunggu waktu tuh..xtau la amalan kite diterima atau x..

    ReplyDelete
  5. rasa takut membaca dosa-dosa besar ini..allah mha besar

    ReplyDelete
  6. salam jumaat and thanks for sharing...sama2lah kita beringat dan muhasabah diri kita masing2 kan???

    ReplyDelete
  7. Salam Jumaat...bersamalah kita muhasabah diri

    ReplyDelete
  8. ya Allah takut nya kan.. nauzubillahminzalik

    ReplyDelete
  9. Semoga kita dijauhkan dari tergolong dlm golongan2 tersebut.. ya Allah.. amin..

    ReplyDelete
  10. semoga kita semua tak tergolong di kalangan mereka itu..

    ReplyDelete
  11. semoga kita tidak tergolong di kalangan itu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat