Breaking News

Thursday, October 10, 2013

10% Rakyat Malaysia Di Ramal Sakit Mental Menjelang 2020?

Pesakit Mental

Sakit Mental Di Khalangan Rakyat Malaysia


10% daripada rakyat Malaysia diramalkan bakal mengalami serangan sakit mental menjelang 2020.  Ramalan ini selari dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang meramalkan bahawa  kemurungan bakal menduduki tempat kedua teratas selepas penyakit jantung iskemia menjelang 2020. Kemurungan adalah salah satu daripada kategori penyakit mental.

Siapa Berisiko Diserang Sakit Mental?


Menurut statistik, penduduk Malaysia yang berusia 50 tahun ke atas menjelang 2020 adalah sekitar 20%.
Secara psikologinya, warga 50 tahun ke atas bakal terdedah kepada risiko serangan sakit mental kerana mereka akan mengalami perubahan emosi dan personaliti, kemerosotan fungsi minda, serta perubahan pada tingkah laku akibat penyakit kronik, rasa sunyi akibat terpinggir daripada keluarga dan masyarakat, hilang minat akibat hilang pekerjaan serta masalah kewangan akibat kos sara hidup yang tinggi.

Sokongan Keluarga Untuk Pesakit mental


Untuk memastikan kesihatan mental warga 50-an dan ke atas adalah terjamin, sokongan yang positif dari ahli keluarga terdekat adalah amat penting. Jika sekiranya terdapat perubahan yang agak dramatik kepada ahli keluarga kita, ianya perlu diberi perhatian sewajarnya bagi membantu mereka mengekalkan tahap kesihatan mental yang baik.

p/s: Kalau dilihat pada situasi sekarang, bukan hanya warga emas yang terdedah kepada risiko penyakit mental, semua orang mungkin terdedah kepada kemurungan kerana tekanan dan masalah hidup.Tanpa iman yang kuat kita pasti kalah. Dekatkan diri dengan Allah supaya kita semua sentiasa dilindungi.


11 comments:

  1. oleh itu jagalah kesihatan mental kita, dan moga2 dijauhkanlah dari sakit mental ni...sekarang ni pun dah ramai dah yang secara tak sedar sakit mental...

    ReplyDelete
  2. makin kaya ler hospital atau klinik kat msia nie...

    ReplyDelete
  3. fae agak terasa kalo org mengucap pesakit mental ne coz fae ada saudara terdekat yg menghidap depression huhu fae faham perasaan mrk.

    ReplyDelete
  4. adakah kita salah seorg dpdnya ?? ooohhh tidak...dekati la diri kepadaNYA...insyaAllah kita akan dilindungi..

    ReplyDelete
  5. Ada betulnya Raudzah.. sy pernah mengikuti satu kursus psikologi & ada mention ttg isu ni.. dia org kategorikan sbg "kecelaruan minda" dlm msykt normal. Semoga kita semua dijauhanlah dari nampak normal, tp sebenarnya x normal ni.. Thanks sharing ye :)

    ReplyDelete
  6. hadoii..,tkut plak baca sbb kbykn cikgu lah sllu hdpi stress nih.. huhu..

    ReplyDelete
  7. betul tu.. aiza sendiri pun selalu stress.. nasihat yang terakhir tu saja yang menjadi benteng pertahanan diri..

    ReplyDelete
  8. bahaya jugak ni..

    ReplyDelete
  9. Semoga tidak termasuklah dalam statistik ini...

    ReplyDelete
  10. Bahaya ni.. banyak perkara yang tidak terduga boleh terjadi akibat dari orang yg nampak normal tapi sebenarnye tak normal..

    ReplyDelete

Designed By