Breaking News

Monday, October 21, 2013

5 Benda Pelik Yang Di Jual Di Internet

Jual 5 Benda Pelik Di Internet

Banyak perkara-perkara pelik yang berlaku kat dunia ni yang diluar jangkaan kita. Antaranya bila ada yang menggunakan internet sebagai medium untuk menjual benda-benda pelik yang secara logic akal memang tak masuk akal. But it does happen. Dan yang peliknya bukan setakat ada penjual, pembeli pun selalunya ada tau. So kira not bad lah kan.Ada supply and demand.

Antara 5 Benda Pelik Yang Di Jual Di Internet Adalah:
 Air Tin 100 plus 

Air tin 100 plus yang di jual di Mudah.my. Kalau ikut penjual ni, dia tersalah beli air. Dia nak beli Orange F&N, tapi terbeli 100 Plus. Air ni masih dalam condition yang bagus dan expired date pun lambat lagi. Harga asal yang ditawarkan adalah RM1.00. Tapi itu belum nego lagi tau. Mungkin kalau selepas nego boleh dapat 50 sen kot. Dan yang sedikit pelik, plus lawak macammanalah transaksi macam ni boleh terlepas di Mudah.com. Hmmmm...Lawak lah dia orang ni kan.

Tengkorak dan Rangka Manusia

Yang ni pun pelik tapi benar. Jual tengkorak dan rangka manusia di internet. Harga pun boleh tahan. $1,750.00 bagi setiap tengkorak. Kalau berdasarkan prescription tu, tengkorak ni original dan masih elok. Lengkap dengan 32 batang gigi lagi. Hmmm...Seram.

 Lebihan Sandwich Britney Spears

Yang ni lagi lawak. Lebihan sandwic yang dimakan oleh Britney Spears yang dijual di eBay dengan harga $500. Sapalah yang nak beli ni. Mungkin peminat fanatik kot. Harga pun boleh tahan mahal. Dah lah separuh aje..Hmmm..

 Jual Bayi Di Internet

Yang ni serius, bukan lawak tau. Jual bayi di Internet. Dalam kes ni, jual bayi di laman web China dengan harga $8,200. Then you all tau duit tu dia orang buat apa? Beli Iphone. Dahsyatlah dia orang ni. Tapi kalau sebut China mesti ramai yang tak pelikkan, coz selalunya kes yang pelik-pelik ni memang banyak kat China.
 
Roti bakar dengan gambar 'Virgin Mary'

Yang ni pelik plus seram. Jual roti bakar berwajah "Virgin Mary" dengan harga $28,000 di Internet. Kalau ditengok dalam gambar ni, wajah "Virgin Mary" ni quite clearkan. Hmmm...

15 comments:

  1. bayi ada jual kat internet jugak...tak munasabah barang yang dijual

    ReplyDelete
  2. Paling lawak lebihan sandwich Britney tu...
    Bodoh sgtlah kalau ada pembelinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah...kita pun tak boleh bayangkan..siapalh pembeli tu..

      Delete
  3. Replies
    1. Yalah Liza..lupa pulak yang tu...hmmmm. boleh masuk satu lagi dalam list ni..he..he

      Delete
  4. 100plus tu memang tak masuk akal, lebih baik sedekahkan aje kat kawan-kawan.. tengkorak tu menyeramkan, ada ke yang sanggup beli tu.. sandwich tu peminat fanatik je yang sanggup beli kot, aiza tengok pun tak berselera.. jual bayi tu memang melampau, manusia sepatutnya tak boleh dijual beli.. roti bakar virgin mary tu menyeramkan juga.. memang pelik manusia sekarang ni kan..

    ReplyDelete
  5. manusia mmg suka buat yg pelik2...

    ReplyDelete
  6. dlm mudah tu mcm2 benda yg org jual tp xpernah pula tengok. huhu

    ReplyDelete
  7. alahai 100 plus kasi jiran sebelah rumah sudah la. hahahaha

    ReplyDelete
  8. hmm pelik2lah kn diorang ni..ada 1lg yg jual gas kentut kt e-bay..yg tu pn mgarot..cm xde akal je diorang ni..gmbar atas skali tu mmg memalukan Malaysia..Hahaha agaknya apelh yg dia fikir..ntah2 sje nk melawak =)

    ReplyDelete
  9. Air 100+ tu mcm x betul je penjualnya hehee :D

    ReplyDelete
  10. Jual bayi tu yg tak trlintas langsung kat fikiran... dah mcm jual kucing je.. adoiii..

    ReplyDelete

Designed By