Breaking News

Wednesday, October 23, 2013

5 Sukan Paling Unik Di Dunia

5 Sukan Paling Unik Di Dunia

1. Buzkash- Berebut Bangkai Kambing

Buzkashi, secara literalnya bermaksud "Berebut kambing ". Ia adalah sukan kebangsaan unik bagi Afghanistan. Ramai ahli sejarah percaya bahawa Buzkashi berasal dari Turki, yang kemudiannya dikongsi dengan penduduk-penduduk tempatan di Utara Afghanistan. Terdapat dua jenis utama Buzkashi, Tudabarai dan Qarajai. Tudabarai adalah agak mudah berbanding dengan Qarajai. Kedua-dua permainan dimainkan menggunakan kuda dan bangkai kambing. Yang direbut adalah bangkai kambing bukannya bola ya.

2. Gajah Polo

Gajah Polo telah diperkenalkan ke India pada awal tahun 1900 oleh golongan bangsawan British. Sejak itu permainan ini telah menjadi begitu popular. Terdapat satu kelab yang diwakili oleh pemain-pemain Polo Gajah yang dikenali sebagai "World Elephant Polo Association (WEPA)". Kejohanan tahunan dunia juga turut diadakan yang disertai oleh banyak negara, termasuk Australia, Britain, Jerman, Hong Kong, New Zealand, England, Scotland, Nepal, Sri Lanka dan Thailand. Walaupun permainan ini agak perlahan, tahap kemahiran pemain-pemain adalah luar biasa. Permainan yang memerlukan kesabaran yang tinggi ni..
 
3. Panjat Batang Pinang

Panjat Pinang adalah salah satu sukan yang sangat unik yang diadakan untuk menyambut Hari Kemerdekaan Indonesia. Setiap tahun, di bandar-bandar dan kampung-kampung di seluruh negara, pokok pinang ditebang dan batangnya diletakkan secara menegak didalam satu baris. Sebuah roda penuh berisi hadiah diletakkan di atas. Batang pinang kemudiannya dilumur dengan minyak, sebelum mereka-mereka yang berminat dijemput untuk memanjatnya bagi mendapatkan hadiah.  Antara hadiah-hadiah yang disediakan termasuk makanan seperti keju, gula, tepung, dan pakaian. Boleh bayang betapa kelakarnya dia orang masa nak panjat tu..

4. Naki Sumo

Naki sumo, adalah Festival bayi menangis di Jepun. Ianya adalah satu pertandingan yang disertai oleh ahli gusti sumo. Perayaan bayi menangis adalah satu tradisi yang telah diamalkan sejak 400 tahun dahulu untuk tujuan kesihatan. Dalam parayaan ini, Ahli gusti sumo akan memegang bayi tinggi di udara, dan cuba untuk menakutkan mereka sehingga mereka menangis. Kanak-kanak yang menangis paling lama dan paling kuat dianggap pemenang. Kelakar lah pulak...
5. Bo-Taoshi

Bo- Taoshi , atau " Pole Bring-Down" dalam bahasa Inggeris, adalah sama dengan permainan menangkap bendera klasik yang dimainkan pada hari sukan di sekolah-sekolah di Jepun. Seramai 150 individu akan bermain yang akan di bahagikan kepada dua kumpulan. 75 Penyerang dan 75 Pembela. Masing-masing bersaing untuk mengawal tiang bendera yang besar. Kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang telah berjaya menurunkan tiang pasukan lawan. Walaupun permainan ini agak huru-hara kerana melibatkan pemain yang ramai, namun sebenarnya mereka mempunyai strategy tertentu untuk memastikan keselamatan pemain dan juga kemenangan berpihak kepada mereka. Unik dan menarik kan.

Source

13 comments:

  1. memang unik sukan2 ni semua... ada antaranya pernah dengar dan ada antaranya baru pertama kali dengar atau baca...

    ReplyDelete
  2. unik btul sukan2 d nyatakan...paling unik sukan naki sumo...

    ReplyDelete
  3. naki sumo.. sian pulak budak2 dorg wat cm tu...

    ReplyDelete
  4. hahahaa. lucu lah.. mcm2 lah depa nii.. :)

    ReplyDelete
  5. yang pelik tu nak berebut bangkai kambing,untuk apa?nak makan ke?hehehehe..

    ReplyDelete
  6. bayi menangis? tu nak mendera budak tu..

    ReplyDelete
  7. Bayi tu tengok je ahli sumo tu pun dah menangis... :)

    ReplyDelete
  8. memang betul-betul unik sukan mereka.. macam mana la nak panjat batang pinang tu kalau lumur minyak..

    ReplyDelete
  9. lain padang lain belalang.. setiap tempat ada aktiviti atau sukan yg tersendiri...

    ReplyDelete
  10. Tengok badan ahli sumo da seram ini kan pulak bayi. Cian dia nanges.

    ReplyDelete
  11. Polo gajah tu mcm lembab je permainan tu hehee :D

    ReplyDelete
  12. Seronok baca posting ni..baru mengetahui tentang sukan2 ni

    ReplyDelete

Designed By