Skip to main content

6 Beradik Di Tinggal Kelaparan Kerana Tak Puas Hati

Bayi Berusia 7 Bulan yang ditinggalkan kelaparan

6 Beradik Ditinggal Kerana Tak Puas Hati 


Gara-gara tak puas hati, 6 beradik ditinggal kelaparan. Kejadian yang menyayat hati tersebut berlaku di Kuala Selangor, apabila sepasang suami isteri yang berselisih-faham sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di rumah mereka di Jalan Bukit Panjang, Jeram, pada kira-kira jam 1 pagi semalam.

Ketika ditemui penduduk,  lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ. Apabila di tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun kemana mereka mahu pergi,  beliau memeberitahu mereka mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.

Disebabkan kelakukan mereka yang mencurigakan, penduduk kampung beserta ketua taman pergi untuk memeriksa keadaan rumah yang dihuni mereka sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah. Namun, mereka terkejut apabila mendapati cuma ada bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur  kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu. Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang tersebut.

 
6 Beradik yang Di Tinggalkan


6 Beradik Di Tinggal Kelaparan


Menurut penduduk taman, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar. Bagaimana pun mereka tidak menyangka kedua-dua suami isteri itu sanggup meninggalkan anak-anak kecil mereka lebih daripada sehari tanpa makan dan minum, biarpun sebelum ini mereka juga pernah 'hilang', tapi hanya sekejap. Dan selalunya apabila kejadian berlaku, jiran-jiran disekeliling rumah yang akan memberi anak-anak mereka makan .

p/s: Masalah masyarakat yang tiada berkesudahan. Apabila amarah menguasai diri, kita selalunya bertindak di luar batas kemanusiaan.


Comments

  1. kesinnya..sanggup pla mak bapa tinggalkan anak-anak yg masih kecil-kecil lagi..

    ReplyDelete
  2. anak x blh memilih ibu bapa . mereka akan memori dan boleh jadi dendam bila dewasa nanti ...

    ReplyDelete
  3. melampau buat anak2 macam tu...

    ReplyDelete
  4. apa hal ni, kesiannya anak-anak dia, kenapa bertindak begini ibu bapa beliau yer....

    ReplyDelete
  5. Kesiannya budak2 tu.. teruk betul ibu bapa dia org ni.. mmm x taulah nk cakap.. tp x pasal2 budak2 tu teraniaya pasal dia org x sefahaman...

    ReplyDelete
  6. ada jugak org mcm ni .. xkesian kat anak2 . dh la anak2 semua kecik2.

    ReplyDelete
  7. bagi satu kat saya kalau taknak..sampai hati..

    ReplyDelete
  8. Ibu bapa bergaduh...anak2 jadi mangsa. Kesian budak2 tu

    ReplyDelete
  9. kalau tahu cmne nak bantu anak anak kecil ni bleh tak hubungi saya.. sy nak hantar bantuan untuk anak anak kecil ini. pls email to chaiyok85@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada yang nak membantu..tapi kita tak ada info kay..tapi kalau nak maybe boleh go thru Sinar Harian..dia orang yang keluarkan berita ni..

      Delete
    2. salam , betol ker ? sila beri lebih info cara nak hulurkan bantuan

      Delete
    3. sila email pada saya cara hendak hulur kan bantuan.. ani.karim@gmail.com

      Delete
  10. sedia bagi saya jelah anak2 tu boleh ..yag kecil tu heee,,

    ReplyDelete
  11. sebak aiza baca kisah mereka.. zalim betul ibu bapa dia sanggup biarkan anak-anak macam tu je.. :(

    ReplyDelete
  12. kesian mereka. jangan aniaya mereka begitu. D:

    ReplyDelete
  13. aduhai ada juga ibu bapa yang cam ni yer ! pntgkan diri sendiri tanpa memikirkan anak2 !

    ReplyDelete
  14. Kesiannya, jangan jadikan anak-anak sebagai mangsa keadaan.

    ReplyDelete
  15. kanak-kank diperlakukan macma ni.dorg pon ade hak jugak.hurmm kesian laa

    ReplyDelete
  16. Bagi jelah kat orang anak2 dia tu kalau tak mampu....Ramai lagi orang yang nak jagakan raudzah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat